Thursday 29 December 2011

Saturday 24 December 2011

Islam itu mudah

Sumber : Google

1. Jika kita marah : TOPUP wuduk untuk sejukkan jiwa
2. Jika kita bingung : KLIK doa,supaya tenang hati
3.Jika kita dipuji : RELOAD syukur supaya tidak alpa
4. Jika kita gagal : DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
5. Jika kita kecewa : RESTART tenaga  agar sentiasa sedar
6. Jika kita bersedih : SELECT ibu-bapa untuk meluahkan perasaan
7.Jika kita berdosa : UNDO perangai itu,dan bertaubat
8.Jika kita berdendam : DELETE buruk sangka supaya hati kita bersih
9.Jika kita berbohong : BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
10. Jika kita buat maksiat : REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha


Sumber : Majalah GEN-Q

Thursday 22 December 2011

Makcik days out.

Setelah lama jari ni tak mengetuk keyboard,rase rindu pulak,hehe.Maklumlah cuti lama sangat.Jom aku mulakan dengan cerita yang lain dari yang lain(lain ke???).Selalunye korang dengar girls day out je kan,yang aku pulak,makcik-makcik days out.Memang gempak giler,padahal gi Mydin je pun.

Watak-watak utama nye ialah,mak aku,makcik aku,dan sepupu aku.Memang syok giler,selalu berbalah pasal nak beli baju(kalau keluar dengan kawan2 la) ni berbalah pasal harga barang-barang,tak pun pasal barang mana yang lagi elok.

Kitorang yang muda sedikit ni,senyum je,yela,orang tua lebih berpengelaman kan,lebih banyak makan garam.So,sebagai yang muda,ikut je la.Gambar xde la,rugi sangat tak ambik,korang bayangkan je la ye.Ok la,bye-bye :)

Saturday 17 December 2011

Weeee..Tora datang lagi

Waaa,gile rindu dengan permainan ni,bile keluar je kat tv pasal tora datang lagi ni,mesti aku terus kumpul duit nak beli.Padahal isi die biase je,dalam die ade coklat yang bulat tu dengan mainan.Arghhh,sumpah rindu.Sekarang ni memang la ade jual,tapi aku jarang jumpa.

sumber : google


Tibe-tibe je aku teringat pasal permainan ni,dah besar-besar ni,kalau jumpe pun mesti malu nak beli,(padahal orang lain tak tanye pun,nak beli untuk siape?),tapi rase malu sendiri,hehehe.Bila fikir pasal dulu dengan sekarang,memang dah jauh beza,terase semuanya berubah & terase diri ni dah tua SIKIT,hehehe.

Budak sekarang ni,aku rase diorang dah tak hairan dengan permainan2 macam ni kan,yela dah ade psp,ipad, dan macam-macam lagi la.Tapi kene ingat,jangan jadikan diri kita sebagai mangsa teknolgi :)

P/S: Harap Dato' Lee Chong Wei dapat kalah Chen Long esok(oops,mean hari ni,tula update lambat sangat) dan mara ke final :)

Friday 16 December 2011

Orang pertama

Susahnya menjadi yang pertama or yang teratas,sebab ape?Orang dibawah sentiasa berlumba-lumba untuk merebut tempat yang pertama tu la,tugas orang yang pertama tu pulak ialah untuk mengekalkan posisinya supaya sentiasa berada di tempat yang pertama.

Kalau bagi aku senang je,tak semua orang sentiasa di atas,so kene bersyukur dan terima seadanya.Selalunya,bila  manusia berada di atas ni,die akan rasa suka dengan kedudukan die,maklumlah,layanan yang diterima semuanya kelas A,tip-top gitu.Sape tak nak kan???

Yang paling-paling penting,kita kene bersyukur dengan apa yang ada dan ingat sesuatu yang berlaku tu ade hikmah disebaliknya.So tak kira berada di kedudukan paling bawah sekali pun walaupun selepas berusaha,terima dengan hati yang redha dan yang penting SYUKUR.

sumber : google


P/S: Salam jumaat :)

Monday 12 December 2011

Gerakan Freemason Sedunia

sumber : google

Ni sebenarnya buku yang aku tengah baca sekarang ni,dalam buku ni,penulis(Harun Yahya) menerangkan pasal gerakan freemason ni dari A-Z. Dalam sedar ataupun tidak,pengaruh freemason ni memang terlalu banyak kat dunia ni,even kat Malaysia.Jom baca sikit pasal Freemason ni.

Ape itu Freemason ?

Gerakan Masuniah atau `Freemasonry' atau Illuminati ialah satu gerakan sulit yg menggelarkan diri mereka dengan `free builders' (pembangun bebas) yg mendakwa tidak terikat dengan mana-mana ikatan (pihak) kecuali sesama freemasons.

Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:
1. menghapus semua agama,
2. menghapus sistem keluarga
3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia
Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme) Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd 

Aku nak terangkan pun,tak reti sangat,sebab nanti takut tersilap,nak tahu lebih lanjut,tekan sini

P/S : Jom membaca :)

Saturday 10 December 2011

Lawak yang sedih

Sumber : Google

Sumber : Google
Walaupun karangan die ade unsur-unsur lawak,tapi aku kesian kat budak ni,dari gaya penulisan die,nampak sangat yang die ni macam kurang kasih sayang :(


Thursday 8 December 2011

Urat terkejut

Dalam dua tiga hari ni,baru la aku nampak matahari bersinar-sinar,kalau tak asyik mendung je.Memang tak sah la kalau tak hujan,tapi x pe,hujan tu kan rahmat.Aku bukan nak cakap pasal tu sebenarnya,bila cuaca dah ok sikit,aku mula la main badminton,dah lama dah tak bersenam ni.

Habis semua badan sakit-sakit,lengan bengkak.Semuanya sebab tak stretching dulu,terus main je.Mak aku cakap " urat tu terkejut,sebab tu la bengkak-bengkak",hmmm,tu la,yang aku pun satu,langsung tak ingat,time main tak rase sakit,tapi bila lepas main,memang terase la sakitnye.Lenguh sana - sini macam orang tua,hehehe..

Note to myself : " LAIN KALI KALAU NAK MAIN APE-APE GAME,STRETCHING DULU "

Wednesday 7 December 2011

Berbelit-belit.

Jom buat senaman lidah,boleh tak korang cakap ayat kat bawah ni laju-laju.Kalau tak boleh,jangan mengalah,teruskan usaha.Practice make perfect.


Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

source : google






Monday 5 December 2011

Selesai sudah

Hmmm..lama dah aku tinggalkan blog ni,dah penuh dengan sesawang dah,hehe.Bukannya ape,minggu lepas memang busy,nak bukak lappy pun x de peluang.Tapi minggu ni dah x busy da,abang aku pun dah selesai nikah,semalam pulak hari bersanding.Nasib baik pakai catering,kalau tak,bengkak-bengkak la kaki nak basug periuk belanga tu,hehehe.

Seronok betul bila saudara-saudara datang,penat melayan kerenah yang tua dengan tang muda,paling best bile nak mandi,macam duduk kat asrama sebab kene tunggu giliran.Yang paling best bile layan budak-budak,tapi kadang-kadang sampai tak terlayan rasenye,aktif sangat.

So,lepas ni,boleh la update setiap hari :))

Thursday 1 December 2011

Isteri saya hilang

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula,namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?"Soal polis.

"Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengah hari kot "

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi.Mungkin hitam atau putih,kalau tak pun kelabu."

"Baiklah,dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet die,tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala."Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan,dia keluar menggunakan kereta saya,Perodua Myvi.Kereta saya tu bewarna silver,berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti.Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit.Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey,kalau macam tu,kita cari kereta encik dahulu sebelum cari isteri encik,"Kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Sumber : Majalah SOLUSI