Friday 30 September 2011

SEGMENT JUST GOOGLE IT - AZURIN RAMLI


Sape nak join boleh klik banner tu,segmen ni macam best je,sebab tu aku nak join :)
syarat-syaratnya

2. copy banner atas tue,link kan sekali kat entry nie
3. buat entry dengan tajuk SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI
4.masuk kan SYARAT sekali dalam entry korang tue
5.hantar link entry korang kat komen box aku kat entry nie.


1.NICKNAME



2. AGE



3. HOBBY


4. I WANT TO BE



5.  I LOVE TO EAT





6. I WISH I CAN



DONE  :)

Bila lelaki beli barang dapur.

Aku bercakap atas pendapat & pengalaman aku je,kalau salah tolong maafkan (smile ).Hari tu kakak aku suruh abang aku beli rempah-rempah nak buat kari,kakak aku siap tunjukkan lagi mcm mana rempahnye,dengan harapan abang aku beli rempah yang betul la.

Lepas 15 minit menunggu,abang aku pun balik,die pergi la dapur,nak bagi rempah kat kakak aku.Rempah nye memang la betul,tapi semua jenis rempah ade,rempah nak buat sup pun ade jugak.Kakak aku hanya mampu geleng kepala je la.Yang abang aku cakap pulak,lepas ni jangan suruh die beli lagi.hehehe.Lelaki oh lelaki :)

Jom amalkan.

Sumber : Google

1. Allah memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikan

2. Membaca 21 kali ketika hendak tidur,akan aman daripada syaitan,kecurian,maut mendadak dan bala.

3. Mmembaca 313 kali bismillah dan selawat keatas Nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap kiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga.

4. Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.

Chopp : Senang je kan nak dapat pahala :)

Thursday 29 September 2011

Spontaneous Thursday



Jambatan menjadi penghubung diantara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan 
dan
 anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.
Oleh itu,jadilah anak yang baik dan bertaqwa







Wednesday 28 September 2011

Wordless Wednesday

All water has perfect memory and is forever trying to get back to where it was
-Toni Morrison -



Tuesday 27 September 2011

Hidup



Hidup itu sendiri,
Tak dapat memberi kegembiraan sampai kita menghendakinya,
Hidup cuma menyediakan waktu dan tempat,
Terserah pada kita bagaimana untuk mengisinya,


Monday 26 September 2011

Quotes Of The Day


Better to be hurt by the truth,
than comforted with a lie.
-Khaled Hosseini-

Source: Google

Saturday 24 September 2011

Obama accidentally ruins U.N photo


At the Open Government Partnership Event, President Obama was photographed in what is being called an “embarrassing” gaffe due to the odd tilt of his head and his solitary wave that covered the face of another world leader. President Obama’s hand accidentally blocked the face of the President of Mongolia, according to reports. (Photo by Allan Tannenbaum-Pool/Getty Images)


Source : Yahoo

Friday 23 September 2011

Jangan pernah berhenti.

Sumber : Google

Kadang-kadang kita berdoa untuk untuk kuat,tapi banyak pula dugaan datang,
Kadang-kadang kita minta cerdik tapi,masalh pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi,huru hara pula datang,

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah,

Hebatkan Allah,semua ada hikmah,
Kalaulah manusia tahu hadis ni :

"Telah berkata Jibrail : Wahai Tuhan,kau sampaikanlah hajat hambamu,
 Maka Allah menjawab : Biarkan hambaku itu,kerana aku mencintai suaranya (doanya )
-Riwayatkan oleh Anas bin Malik-


Thursday 22 September 2011

Umurnya tak sampai pun 2 hari.





Selamat Melahirkan :)

Arnab aku dah selamat melahirkan anak yang aku pun x taw jantina nye ape,kalau dah besar sket baru boleh tahu.Ade 5 ekor semuanya,hahaha.

Suka aku,tapi kesian kat maknye la,sebab nampak macam x bermaya je,kalau boleh bagi vitamin,memang dah lama aku bagi dah.

Lastly,tahniah pada arnab aku sebab berjaya melahirkan kelima-lima anaknya dengan selamat.Sayang lebih.hahaha.

Chopp : Kalau binatang pun boleh lahir dan jaga anaknya dengan baik,ni kan pula manusia :)

Wednesday 21 September 2011

Wordless Wednesday : Disney Princess

Teenagers.They think they know everything.You give them an inch,they swim all over you.
-The Little Mermaid-


Animal have rights too

An animals eye's have the power to speak the great language
- Martin Buber -
Love them


NOT


Abuse them
Source : Google

Monday 19 September 2011

Sang pemimpi

"Bermimpilah dalam hidup,jangan hidup dalam mimpi"



Filem yang diadaptasi dari novel tetralogi laskar pelangi karya Andrea Hirata.Aku just nak bagi tahu,yang cerita ni memang tersangat la best,cerita ni bukan macam cerita-cerita yang biasa,cerita ni cerita luar biasa ( aku terangkan sampai macam tu skali,hehehe).

Cerita ni jugak,diambil dari kisah hidup si penulis,tapi ditokok tambah lah cerita tu biar jadi cerita yang superb.Cerita laskar pelangi dengan sang pemimpi ni,aku tengok banyak kali pun x boring,percayalah.

Kalau orang yang dah hampir putus asa or berniat nak putus asa,aku sarankan korang tengok cerita ni.Lastly,tolonglah tengok cerita ni,sebab memang best.

What A wonderful world


I see trees of green,red roses too,
I see them bloom,for me and for you,
And i think to myself,
What a wonderful world,

I see skies of blue,clouds of white,
Bright blessed days,dark sacred nights,
And i think to myself,
What a wonderful world

-Louis Armstrong-


Sunday 18 September 2011

Fikir dulu sebelum buat!!!!

Orang dulu kata,fikir dulu sebelum buat,bukan setakat fikir sekali je,fikir banyak kali.Orang sekarang ni pulak,buat dulu baru nak fikir,kan dah salah tu.Dah jadi something yang x baik,baru la nak fikir ape yg kene buat.

Aku ambik contoh paling senang : pasangan kekasih,mula-mula memang la ringan-ringan,lepastu nak berat-berat pulak,bila dah terlanjur,kan susah.Kalau susahkan diri sendiri je x pe,ni susahkan mak-bapak,adik beradik,x pasal-pasal je diorang dapat malu.Pastu baru la nangis-nangis mintak maaf,kononnya menyesal la tu.

Lain kali,fikir dulu baru buat,bukan buat dulu baru fikir.Nasihat orang tua pun kene ikut jugak,Nasihat ni aku tujukan dekat diri aku jugak :)

Saturday 17 September 2011

Alasan.

Orang kita ni,selalu nye memang banyak dengan alasan kan,kalau alasan yang munasabah dan yang boleh diterima akal x pe la.Ni alasan yang x boleh diterima tu,macam mana nak buat ni???jom sama-sama fikirkan.

Contohnya,kalau la kita x siap keje sekolah,mesti alasan yang dibagi,saya tolong ayah saya semalam cikgu,padahal malas x pun mesti main game,hehehe.

Kalau time keje plak,bos tanya kenapa datang lambat,jawapan kita mesti macam ni,jalan sesak la bos.Padahal,malam tadi tido lambat,kalau yang lelaki mesti tengok bola punya pasal,hehe.

Lain kali,berterus terang je,senang.Mesti bos korang bangga dapat pekerja yang jujur macam korang ni,hehe.Tak payah tambah dosa dengan menipu plak.

Yang ni cerita benar,pasal alasan la jugak,berlaku dalam tahun ni,lecturer aku tanya la kat student ni,kenapa die tak datang class hari tu,pastu student tu cakap la yang mak die meninggal,So lecturer aku tumpang simpati la kan.

Last-last,lecturer aku dapat tahu yang student ni tipu,memang la yang mak student ni dah meninggal,tapi mak dia meninggal lama dah.Since dari hr tu,lecturer aku terus x tegur die.Dan student tu pun buat bodoh je...haha

Chop: Terus -terang kan senang.hehe.

Tak cukup tinggi.





Friday 16 September 2011

Nasihat berguna :)


"Wahai anakku ! kalau sewaktu kecik engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmusebanyak-banyaknya,makaapabila kamu dewasa kelak,kamu akan memetik buahnya dan akan kamu nikmatinya."
- Luqman Al-Hakim-


"Wahai anakku ! apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu.Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya,di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)
-Luqman Al-Hakim-



Thursday 15 September 2011

Spontaneous Thursday



Tertawalah,kerana seisi dunia akan tertawa bersamamu,
&
Jangan bersedih kerana kau hanya akan bersedih sendirian.
-Edensor-



Tuesday 13 September 2011

Dear Diary :)

Selalunya,orang perempuan yang ade diary,kalau lelaki,jarang pulak aku dengar.Aku start tulis diary masa 7/4/2005.Tapi aku start tulis dalam kertas kajang,lepas tu baru la tulis dalam buku.Semua diary aku tu,aku simpan kat dalam box la,siap kunci lagi,sebab takut orang baca,hehehe..

Tadi aku selongkar la balik box tu,aku ambik la semua diary aku tu then baca balik.Sampai senak perut aku ketawa.Mana taknya,gaya penulisan aku tu,memang sangatlah x matang ok,hehehe.

Tapi best jugak,bantu aku ingat masa zaman sekolah dulu,zaman cinta monyet dan segala macam zaman la.Waaaa,bestnye kalau ade doraemon sekarang ni,boleh suruh die keluarkan pintu ajaib,hahaha.



Diary kene comel-comel sket,baru ade feel nak tulis :)

Chopp : Korang ade diary tak ???

Tabiat

Kalau dah nama tabiat tu,memang susah nak ubah kan.Selalu kalau time pergi rumah orang meninggal,memang la orang ramai,tapi ramai sangat yang berborak pasal si-mati.Kalau dah bacakan Yassin or sedekahkan Al-fatihah tu,duduk je la diam-diam,Kan diam tu lebih baik dari berkata-kata.

Ni tak,sibuk nak menanya,apesal die meninggal?sakit ape?kene buatan orang ke?dah berapa lama sakit?.Kalau soalan tu diorang tanya kat orang lain x pe la,ni tanya kat keluarga si-mati,kan susah diorang nak jawab,lagi menambahkan sedih lagi ade la.

Kat kubur pun boleh bercakap lagi,time imam baca talqin tu,dengar & ambil iktibar,ni boleh lagi berbisik-bisik.Kalau yang bawak phone tu,silent kan la,ni x,memekak je.Kan mengganggu namanye tu.So,lepas ni,sapa yang ade tabiat ni,harap-harap berubah lah ye :)

Monday 12 September 2011

Aksi ini memerlukan keseimbangan baik...

Afiq berdiri atas tapak tangan...ngeeee..


Chop : Mesti korang  x boleh buat kan????hehehe
           -jangan pk lain ye :)

Sunday 11 September 2011

Layan :)


Jika dulu kita tak pernah bertemu
Mungkin takkan pernah aku rasakan
Sakitnya hatiku yang harus berpisah
Berpisah darimu dari cintamu
Tersiksa batin jauh darimu
Karena aku masih menginginkanmu


Reff
Takkan pernah aku melupakan dirimu
Karna kau slalu ku rindu
Kenangan denganmu merobekkan hatiku
Karna kau masih di hati


Tersiksa batin jauh darimu
Karena aku masih menginginkanmu


Back to Reff
Kau masih di hatiku 3x
Jika dulu kita tak pernah bertemu

Chopp : by velocity :)
             Layan jiwang malam-malam yang sejuk ni...hahaha
             Lagu ni sedap,bagi aku la,x caya  layan kat SINI 

Tips elak maksiat.




Perempuan menjaga diri,
Lelaki menahan diri.



Bukan Darah aku la!!!!..

Katak oh katak.....

Mulanya aku nak taip entry pasal benda lain,tapi tiba-tiba je terpacul kat pintu aku ni katak bulan,ntah dari mana katak ni masuk aku pun x taw,meremang bulu roma,bukan sebab takut.Tapi aku geli,eeeeeeeeee.Dah la kat rumah aku hujan,so aku rasa mesti katak ni yang panggil,lepastu die berteduh plak kat dalam bilik aku ni.Sumpah geli,katak tu pandang aku,aku pandang die,jangan jadi macam cerita "The princess and the frog" sudah la.tak pasal-pasal je nanti.haha..

Geli betul,dah la katak bulan plak tu!!!!




Friday 9 September 2011

Kalau pemimpin yang macam ni ada lagi :)

"Wahai saudaraku sekalian,apakah yang kamu lakukan sekiranya saya menyalahgunakan kuasa saya dan tidak berlaku adil?" tanya Khalifah Umar al-Khattab.

Seorang pemuda bangun menghunus pedangnya lalu berkata,"Saya luruskan tuan dengan pedang ini.Dan sekiranya tuan terus mnyeleweng saya pancung leher tuan!"

Orang ramai terpegun mendengar kata-kata pemuda yang berani itu.Pada masa yang sama mereka bimbang dengan tindak balas daripada Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kerasnya yang pantang dicabar.

"Wahai anak muda,kamu tahu dengan siapa kamu sedang berkata-kata?"tanya Umar al-Khattab sambil merenung tajam ke arah pemuda itu.

"Saya sedang bercakap dengan Umar al-Khattab yang baru sahaja dilantik menjadi khalifah,"jawab pemuda itu.

Orang ramai semakin cemas kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku antara pemuda itu dengan khalifah.Tiba-tiba Umar al-Khattab tersenyum lalu berkata,"Ya Allah,saya bersyukur kepadaMu kerana ada yang berani menentang saya demi membela dan menegakkan kebenaran,"

Chop : petikan dari buku khalifah-khalifah yang benar,kalau nak taw,beli la..X rugi pun :)

How to be an important person




Become Friends with an important person,
Be an important person
-The Trouble With Dee Dee-


Thursday 8 September 2011

Aku ditipu hidup-hidup...

4 fakta tentang mata dan lidah :

Fakta 1 - Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa

Fakta 2 - Setelah baca fakta 1,kamu dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 - Setelah baca fakta 2,anda tersenyum pahit..dan berkata dalam hati  "Natang!!!aku dah terkena nih!"

Fakta 4 - Setelah anda baca fakta 3,anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada kawan korang yang lain             untuk kenakan diorang seperti korang yang telah terkena.


Chopp: -Saya telah terkena,mmg geram ok ;)
            -Ini adalah entry copy paste,tapi aku mmg x taw owner sebenar,SORRY...

Lelaki menangis x macho!!!!

Betul ke statement kat atas tu???

Bagi aku,macho ape,sebab kaum adam ni berani luahkan perasaan dengan mengeluarkan air mata.Susah nak jumpa lelaki yang menangis ni kan?Yela,diorang kan selalunye pendam je,senang citer memang susah la nak tengok kaum adam ni menangis.Itu yang menjadi persoalannya kat minda aku ni,kenapa lelaki jarang menangis???Jawab jangan x jawab.hehe.

Chop : Kaum hawa,memang sinonim dengan air mata ni :)

Tuesday 6 September 2011

So!!!!!

Meminta boleh tapi jangan terlalu meminta-minta

Berharap boleh tapi jangan terlalu berharap,

SO

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Chopp: -Meminta dan berharap hanya pada Allah sahaja,bukan pada manusia
            
            -Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Monday 5 September 2011

BUSY

Dah bersawang-sawang dah blog ni,sebab lame x update,bukannye ape,xde idea satu,tapi minggu ni memang sibuk,raya la katakan,setahun sekali je sibuk macam ni,haha.Dengan saudara datang rumah lagi,memang x terlayan,at last,SELF SERVICE  la ye.

Lepastu,pakcik aku meniggal,memang sedih la,kesian kat anak-anak die,tapi aku tengok makcik aku sket pun air mate die x mengalir,memang tabah betul.Tapi nak buat macam mana,setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Aku doakan supaya rohnya tenteram di alam sana.

Chop : Sape yang x puasa 6 tu,still boleh puasa lagi,x rugikan :)