Monday, 10 December 2012

Nak cerita pun malas.

Pada satu masa dahulu, ada sebuah kampung dimana penduduknya rajin - rajin belaka dan memang terlampau la susah nak mencari seseorang yang malas. Jadi pada suatu hari, raja membuat pengumuman untuk mencari orang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, ade seorang lelaki mengaku,

Lelaki 1 : " Patik adalah yang paling malas "
Raja  : " Apa tahap malas tuan hamba?"
Lelaki 1 : " Kalau patik hendak makan, ade orang suapkan patik, tuanku "

Tiba - tiba seorang lelaki mencelah.

Lelaki 2 : " patik lagi malas dari dia, tuanku "
Raja : " Sampai mana pula tahap malas tuan hamba? "
Lelaki 2 : " Kalau patik makan pun, ada orang yang tolong kunyahkan "

Raja pun terdiam seketika. Lalu datang seorang budak lelaki.

Budak lelaki : " Ptiak adalh yang paling malas tuanku "
Raja : "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu budak ? "
Budak lelaki : " NAK CERITA PUN MALAS "


Wekkkkk!!!!
                                           

P/s : Jangan malas - malas ye!!!!

Monday, 26 November 2012

Bola di mata wanita....

Hmmm, mesti semua heboh pasal bola sepak semalam, aku mengaku, aku pun tengok jugak. Yela, sebagai penyokong tegar Team Malaysia ( angakat bakul sendiri,hehe ). Yang aku ingat la kan, separuh masa pertama je aku tengok, bila singapore dah berjaya membolosi gawang Malaysia ( pengulas sukan ), terus aku xde mood nak tengok.

Tapi, still ade tapi tu, lepas tu aku tengok kejap - kejap je, sebab aku dh ade kat dalam bilik dah, x sampai hati nak tengok Malaysia kena belasah,hehe. Parents aku je still mengharap Malaysia jaringkan gol, fanatik kan diorang,hehe.

Hmmm, sebenarnya yang kat atas ni kiasan je, apa yang aku nak tekan kan ialah, pasal wanita dan bola or woman and football. Disebabkan aku ni seorang wanita ( ayu la sangat guna perkataan wanita ni,hehe ) yang tak la fanatik sangat dengan bola tapi still boleh lagi tengok bola. Yang aku paham pasal bola ni cuma 2 JE ( OMG 2 JE!!!!! ) Bila ade penalti and bila bola masuk gawang.

Foul tu ape?? Macam mana boleh kene kad kuning plak ???

Ooops, tambah lagi satu, bila ade pemain yang hensem and ganteng - ganteng,hehe ( well, aku ni manusia yang ade hawa nafsu jugak,hahaha ). Yang foul dan sewaktu dengannya, semua aku x paham,hehe. Tengok - tengok je, bendera dah kene angkat, ade jugak aku google, tapi still tak paham jugak penggunaan die.


Oooh, lampard,hehe

Last but not least, aku rasa better aku jadi penyokong Malaysia yang biasa- biasa je, even aku x paham pun ape tu foul or whatever, tapi bila bola masuk je dalam gawang, aku taw la yang tu goal...hehehe....

P/s : Once Team Malaysia, always Team Malaysia.