Showing posts with label Syukur. Show all posts
Showing posts with label Syukur. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Puase di perantauan

Tajuk nak gempak je kan, haha, macam la aku duduk kat obersea, padahal kat perak ni je ha. Al-maklumlah, aku praktikal kat sini. Disebabkan aku duduk dekat asrama ( tapi ada bilik khas la ), so hari - hari la kene makan nasi kawah ( tapi bersyukur sebab still dpt makan & jimat duit ) disebabkan tempat ni yang jauh dengan semua, kalau nak keluar pun kene fikir banyak kali, kalau setakat saje - saje je, memang tak keluar la jawabnya, lagi - lagi time pose nie.

Student dengan aku dah x jauh beza dah, kadang - kadang orang tak kenal mana satu student, mana satu cik diorang ( out of topic la pulak ),hehehe.

Hmmm, bila dekat sini, asyik menghitung hari nak balik rumah je, tapi boleh balik lg 2 hari nak raya je, waaaa, sungguh x syok, kawan - kawan aku dah berjimba dah dekat rumah, yang aku plak still kat sini lagi. Yang paling x syok, bile mesej sampai bertalu - talu, cakap bile balik la?, nak buka sama - sama la ?, itu la, ini la. Sengaja je diorang ni nak bagi jeles.Totally unfair,hehehe...

P/s : Jangan merungut di bulan puasa ( talk to myself )

Friday, 16 December 2011

Orang pertama

Susahnya menjadi yang pertama or yang teratas,sebab ape?Orang dibawah sentiasa berlumba-lumba untuk merebut tempat yang pertama tu la,tugas orang yang pertama tu pulak ialah untuk mengekalkan posisinya supaya sentiasa berada di tempat yang pertama.

Kalau bagi aku senang je,tak semua orang sentiasa di atas,so kene bersyukur dan terima seadanya.Selalunya,bila  manusia berada di atas ni,die akan rasa suka dengan kedudukan die,maklumlah,layanan yang diterima semuanya kelas A,tip-top gitu.Sape tak nak kan???

Yang paling-paling penting,kita kene bersyukur dengan apa yang ada dan ingat sesuatu yang berlaku tu ade hikmah disebaliknya.So tak kira berada di kedudukan paling bawah sekali pun walaupun selepas berusaha,terima dengan hati yang redha dan yang penting SYUKUR.

sumber : google


P/S: Salam jumaat :)