Thursday, 10 April 2014

Saya terdesak, Tuan.

Terharu aku baca berita ni, bapa dipenjara sebab mencuri kedai runcit. Hukuman nya kene denda RM2000 atau penjara 3 tahun 6 bulan jika gagal bayar denda tersebut. Yang sedih nya, bila tahu sebab die mencuri :

"Sewa rumah dah 4 bulan tertunggak. Isteri pula kena tanggung 2 anak yang salah seorang nya adalah OKU,tak cukup dengan tu lagi, die kene tanggung ibu yang berusia 70 tahun. Kirenye die mmg dalam keadaan terdesak.

Tak dinafikan tindakan dia tu salah, tapi dia cakap, dia ada minta kerja dan tidak diterima sebab umur dia dah tua. Kesian dengan nasib yang menimpa pakcik ni. Rasa bersyukur sangat dengan keadaan aku sekarang ni, tak pernah melalui semua ni, tapi tak bermakna kalau kita tak pernah lalui, kite kene buat tak tahu je.

Dunia ni, aku tengok, orang kaya jadi bertambah-tambah kaya, harta sampai cucu,cicit, oneng2 tak habis makan. Kalau miskin pulak, sampai miskin melarat, nak makan pun susah,apatah lagi nak beli itu-ini. Sebab tu ade sesetengah orang yang sanggup buat apa sahaja untuk dapat duit.

Kalau ade sifat tolong - menolong & belas kasihan ni, aku rase mesti benda ni tak terjadi.