Monday 31 October 2011

Memang dah terbalik sekarang ni

Sepatutnya anak-anak yang kene dengar cakap ibu-bapa,ni dah terbalik,ibu-bapa pulak yang kene dengar cakap anak,sape yang lahirkan sape pun aku tahu,hehehe.Memang dunia dah akhir zaman dah ni.

Anak-anak siap hantar parents die kat rumah orang tua lagi,kesian kan??Penat-penat ibu die mengandungkan die selamam 9 bulan 10 hari,ayah die cari nafkah supaya dapat besar & sekolahkan kita,sampai masuk u lagi.Ni bila dah keluar u pulak,gaji dah besar,bagi kat mak bapak pun x nak.

Korang kene ingat kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah membawa bahagia :)


Sunday 30 October 2011

Happy Sunday

Hari-hari minggu ni,duduk rumah jugak yang best,guling sane,guling sini,hehehe.Hujung minggu ni,aku lebih banyak online dari biasa,terperap dalam bilik je la maksudnye,hehe.Kalau tak pun,aku baca komik or novel je.Layan cerita pun best jugak :)

Kalau korang plak buat ape ye?

1.Jalan-jalan ke?
2.Shopping or window shopping ?
3. Pergi picnic ke ?
4. Basuh kereta ke ?
5.Alasan anda sendiri :)

Saturday 29 October 2011

Menang jua akhirnya

Tahniah negeri sembilan,mampu bangkit walaupun dah ketinggalan 1-0,tapi terima kasih jugak kat penjaga gol terengganu,hehe.Tahniah dekat Hai-o,gol tu memang tersangat la menarik,Yang lame tetap mantopp.Piala Malaysia yang ke-3 untuk negeri sembilan,so,memang terbaeeekkk la.

Walaupun aku jarang-jarang tengok bola,tapi game malam ni memang terbaik,dua-dua team main sungguh-sungguh.Kata orang semangat kesukanan tu ade.

Tahniah sekali lagi 
NEGERI SEMBILAN
PIALO MALAYSIA KITO PUNYO :)

Choppp : kebanyakkan status kat fb semuanya pasal bola :)


Friday 28 October 2011

For all women around the world



I'm talking about you,you,you and you :)


knows that she is stronger because she knows her weaknesses, 
wiser because she has learnt from her mistakes , 
and laugh more often because she has known sadness




Bola punya pasal


Canggih betul zaman sekarang ni,kalau x puas hati,ade je cara yang nak ditunjukkan.Laman web FAM pun kene hacked,pandai betul diorang ni,sistem kat malaysia ni senang sangat ke kene ceroboh???Lagi satu,kalau nak tunjukkan kemarahan anda tu,gunakanlah saluran yang betul,x payah la sampai macam ni sekali.Nampak sangat xde semangat kesukanan.Peace Yo :)

Monday 24 October 2011

Oh, manusia

Oh manusia,kalau orang baik,pernah buat silap sekali je,yang dipandang hanya kesilapan orang tu terus,kebaikannya lansung tak ambil peduli.Agaknya lupa kot,yang manusia ni mana ada yang sempurna.

Aku ambik contoh la,Dato' Lee Chong Wei ( yup,aku peminat badminton :).Masa die menang selalu je ade orang sokong,tapi bila dah kalah,semua cakap yang die patut berudur la,dah tak kuat lagi la and macam-macam lagi la.Diorang lupa agaknya,yang die dah banyak kali harumkan nama Malaysia.Habis bab Lee Chong Wei :)

Mana ade manusia yang selalu berada di atas je,hidup ni kan macam roda,kejap ade kat atas,kejap ade kat bawah.So,support la time orang tu time die ade kat atas dan kat bawah,ni tak bila dah time kat bawah,tinggalkan macam tu je.

SO,PLEASE SUPPORT EACH OTHER.

Sunday 23 October 2011

Kosong.

   Perhatian : ini entry kosong,nak baca boleh,x baca pun boleh :)


Lame betul tak update blog ni,sorry la ye,memang busy sangat minggu ni.Nak bukak lappy pun tak boleh,ni kan pulak nak online,cuba korang bayangkan betape busy nye aku,Hehehe.

Start besok baru boleh update blog ni dengan lebih sistematik kot (ayat nak canggih ).So x de la kejap ade kejap x de :)

Chopp : N.9  vs  Terengganu,rase-rasenye sape menang ye???

Thursday 20 October 2011

Entry pendek 3

Google


Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia
-Andrea Hirata-

Jangan pernah menyerah kawan :)


Monday 17 October 2011

Takut nak kahwin!!!!

Google

Aku la salah sorang nye tu,hehehe.Sebab ape?

1. Belum sedia memberikan 100% komitmen pada rumahtangga

2. Pasal ibu mertua ( sebab selalu ade je ibu mertua yang suka masuk campur dalam hal rumahtangga anak-anak,ade yang sampai bercerai disebabkan ibu mertua ni )

3. Tumpukan perhatian pada kerjaya.

4. Takut,sebab zaman sekarang ni memang banyak yang bercerai-berai kan ( ingat :bercerai tu adalah perkara halal yang paling dibenci Allah )

5. Sila nyatakan alasan korang

6. Semua alasan diatas diabaikan kalau dah sampai seru dan bersedia jelah menghadapi kehidupan berumahtangga,InsyaAllah bahagia dunia akhirat :)

Nota : tiba-tiba fikir pasal kahwin pula,hahahaha ( merepek )

Sunday 16 October 2011

There's always hope

Dedicate for my big brother
and
 for those who have cancer :)


Source : Google


There is no medicine like hope, no incentive so great, and no tonic so powerful as expectation of something better tomorrow.
 - Orison Marden -


Source : Google


Saturday 15 October 2011

5 sekawan & abang besar ;)

Exercise
Muka tak puas hati,hehehe
ape pandang-pandang???
Nak gaduh ke???
Abang besar :)

Sudah Besar

Hari tu aku ade tunjuk pic anak arnab aku yang baru je lahir,kalau lupa,tengok kat sini.Sekarang ni,dah siap berlari-lari lagi kat dalam kandang die tu,hehe.Alhamdulillah,semuanya hidup,nanti aku tunjukkan gambar die.

Masa baru lahir tu,aku tak dapat agak lagi warna ape,dah besar ni sikit baru la dapat tengok,sekor je warna coklat,yang lain semua warna kelabu,copy paste ngan mak die,hehehe.

Tapi,aku pelik dengan mak die ni,bila anak die nak susu je,mak die mesti lari,macam main kejar-kejar dah aku tengok.Aku pun tak taw time bile anak die menyusu.

Dahlah,entry ni nak bg taw pasal anak arnab aku je,hehehe :)

BYE-BYE


Friday 14 October 2011

Jangan main strettt je :)

Sumber : Google

Bagi sape-sape yang ade credit card tu,guna la baik-baik ok,bukan nye main sretttt je kad tu,hehehe.Mula-mula memang la sedap je guna,sebab tak payah keluar duit,the end of the day,haa,amikk ko,sekali beribu kene bayar,belum masuk interest lagi tu.

Sekarang ni,ramai orang yang bankrupt sebab guna credit card ni,kereta kene tarik,x boleh nak buat loan,rumah kene tarik,and tak pasal-pasal isteri pun lari nanti,hehehe.

Ingat bagus sangat ke pakai credit card ni,certain orang guna credit card ni bila nak jumpa client,tu kira ok la.Sebab atas urusan kerja,boleh diterima pakai la alasan tu.Kalau kaya dan rasa boleh bayar,tu memang hak diorang la kan.

Kalau nak pakai jugak,yang pertama dan terakhir yang aku nak nasihatkan cuba disiplinkan diri :)

Choppp : korang ade credit card tak??

Thursday 13 October 2011

Entry pendek 2.


source : google


Yesterday is not ours to recover, but tomorrow is ours to win or lose. -Lyndon B. Johnson-



Monday 10 October 2011

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER


Aku tengok cik soly join mcam best je.So aku pun teringin nak join,hehe.Sape nak join klik gambar tu,tutup malam ni,so ape tunggu lagi,

Hati yang sayu..

Sumber : Google

Sayu hati bila aku dengar mak aku cakap terima kasih,bukannya apa.Kalau dibandingkan dengan rasa terima kasih aku kat mak aku,tak terbalas rasanya dan memang takkan terbalas pun.So,ucapan terima kasih dari seorang mak,ibu,ummi or mama tu memang buat aku terharu sangat-sangat.

Yela,dari kecil sampai besar menjaga dan mendidik kita dengan penuh kasih dan sayang,tak mengharapkan balasan pun.Bila fikir-fikir balik,dah berapa kali ye kita ucapakan terima kasih kat insan yang melahirkan kita ni???

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa tu,gembirakan lah hati diorang,tunaikanlah permintaan diorang dan turuti segala kata diorang,dan bagi sesiapa yang ibu atau bapanya yang telah pergi,doakan diorang sebab doa anak yang soleh dan solehah memang takkan putus.

Sunday 9 October 2011

Bahasa Baku

Sumber : Google


Maksud bahasa bakuBahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.


Ade tak yang guna bahasa baku dalam percakapan seharian ye?kalau ade aku memang tabik springg la kat die.Aku adalah salah seorang yang x guna bahasa baku ni,tapi kalau dalam penulisan karangan masa kat sekolah je barula aku tulis guna bahasa baku.


Kalau cakap dalam bahasa baku pun,macam nak tergeliat lidah aku rasanya.Tapi aku seronok dengar orang yang cakap bahasa baku ni.


Kalau tengok zaman sekarang ni,memang ramai yang tak mempraktikkan bahasa baku ni kan?macam-macam bahasa baru yang timbul sekarang ni,sampai aku sendiri pun kadang-kadang tak paham ape yang orang tu nak bagi tahu.


So,jom sama-sama guna bahasa baku ni,kalau bukan dalam kehidupan seharian pun,guna la masa nak buat karangan atau masa nak menjawab soalan,biar tenang sikit pemeriksa tu nak baca :)


Chopp : penulisan ini bukan dalam bahasa baku :)

Saturday 8 October 2011

Ni salah mak bapak aku la.

Sumber : Google

Sekarang ni memang ramai sangat remaja yang bermasalah kan?Yup,bila ditanya kenapa jadi macam ni,diorang cakap yang diorang ni datang dari family yang bermasalah.Ade parents yang dah bercerai la,so diorang cakap macam kurang kasih-sayang la.

First sekali aku memang bersyukur sebab setakat ni,aku x de la plak family problem ni.Tapi kalau difikirkan balik,tak boleh jugak kalau nak blame mak-bapak 100%.Sebab,certain-certain orang yang ade problem yang sama,tak de pun jadi someone yang teruk.

Konklusinya,semua orang ade masalah,cuma jalan yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah tu mungkin berbeza,dan yang lagi teruk lagi diorang letakkan kesalahan tu kat bahu mak-bapak diorang.Even tak dapat kasih sayang pun,takkan la kita nak jadi someone yang tak baik,betul tak?

Ramaikan Follower,Dapatkan Pembaca


Sape nak join,boleh tekan gambar kat atas tu ye:)

1. Nama blog : Cerita sana,cerita sini
2.Nama Blogger : Nadzirah binti Kamarazaman
3.Tahun mula berblog : 2/06/11
4.Jumlah Follower : 652 orang yang best

Bebelon


Amaran : ini entry kosong

Minggu lepas anak buah aku ade balik sini,so memang tak sah la kalau kitorang semua tido time-time nak pagi gitu,sebab si kecik ni la,memang spesis yang tido lambat.Since dari dalam perut lagi.Hahaha.

Bangun je tido,suruh aku bukak game angry bird.Kalau tak angry bird,die suruh bukak house of dead,tapi die suruh kita yang main,sebab die takut dengan zomba tu,hehe.

Cakap pasal bebelon ni,die ade keluar dengan atuk die,yakni abah aku la.Balik-balik je,aku tengok kat tangan die penuh dengan belon,bila orang mintak tak kasi,tapi suruh kite tiup pulak.Kalau die tiup belon tu,belon tu tak besar-besar,tapi penuh air-liur dekat belon tu (geli sket).

Tapi sekarang die dah balik rumah die dah,dan tinggal belon-belon yang banyak je kat rumah ni,memang dah boleh buat birthday party dah.Hari-hari belon tu meltup,yang aku kat rumah ni,terkejut-kejut dibuatnya.

Entah bile nak datang lagi.Maklumla,die kat utara yang kitorang kat selatan.Ceh,ceh,ceh,macam cinta jarak jauh la pulak..Ok la,nak cerita pasal tu je sebenarnya.

Thursday 6 October 2011

Steve Jobs 1955-2011

Google

Apple has lost a visionary and creative genius,and the world has lost an amazing human being.
Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend
and an inspiring mentor.Steve leaves behind a company that only he could built,
and his spirit will forever be the foundation of Apple.


Spontaneous Thursday

Benci betul bila nak pakai barang,
then barang tu takde pulak.
&
Benci betul bila lupa apa yang kita nak cakap.





Chopp : Apa yang baik datang dari tuhan,kelemahan tu datang dari diri kita sendiri :)



Tuesday 4 October 2011

Entry pendek



Berserah boleh,
Tapi jangan menyerah.


Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…



Sumber : SINI

Monday 3 October 2011

Gila komik...

Komik aku kat rumah ni dah melambak-lambak dah,hahaha.Mak aku cakap,umur dah 21,tp still macam budak-budak lagi,(hanya mampu tersenyum).Tapi mak aku tak pernah marah,cakap sikit-sikit tu biasala.

Mana tak nya,dah berkotak-kotak komik kat rumah aku ni,bila pergi books store je mesti pergi kat bahagian komik dulu,mana yang aku rasa tak baca lagi,terus aku ambik.Bacanya sekali je,kalau dah tak ingat jalan cerita komik tu macam mana,baru la aku baca balik.

Tapi bukan setakat komik je taw,aku  pun ade baca bahan ilmiah yang lain jugak,kan membaca tu jambatan ilmu.Komik ni aku suka sebab semua watak die comel-comel je.Tu yang sampai sekarang still beli lagi tu.Even haraga dah naik pun aku beli jugak,minat punya pasal.Yela dulu RM6.50,sekarang dah RM7.50.

Komik ni aku nak simpan buat koleksi,mula-mula ingat nak recycle je,tapi sayang giler.Ade yang menangis nanti,hahaha.

Chopp : Korang suka komik tak ???

Sunday 2 October 2011

Memuji untuk dipuji

Ewwww,aku memang tak suke dengan orang yang perangai die macam ni,even ade certain-certain kawan aku yang perangai die macam ni,aku layan macam nak tak nak je.

Bukannya tak nak kawan,tapi kalau dah perangai macam tu,aku rasa memang tak lama kot aku kawan ngan die,hehehe.Die puji kita,cakap itu la ini la,tapi die nak kita puji die balik,kalau sekali dua buat perangai macam tu boleh la diterima,ni tak,tiap-tiap hari.Memang sudah lebih,

Yang  x boleh tahannye tu,bila kita tak puji,diorang boleh siap bagi hint lagi,hehehe..Comel  tak aku?Pandai tak aku?Ko boleh la,ko cantik,pandai and bla,bla,bla (semua tu contoh je taw)

Ooooo,memang aku tak tahan,kalau dalam situasi macam ni,bile die start je ckp pasal bab puji memuji ni,aku pun try ubah topik,tak pun aku buat-buat tak dengar je....

Choppp : korang pernah rasa tak situasi macam ni,& aku percaya yang buat mcm ni kaum perempuan je,lelaki aku tak pernah dengar pulak :)