Wednesday 29 January 2014

Pergi nya Insan yang HEBAT.

Hmm, lama rasenye jari jemari ni tak mengetik keyboard. So, let's talk about my brother, dia disahkan doctor menghidapi germ tumor cell,aku ade tulis kat SINI, 18 hari bulan 1,pukul 9.05 minit pagi, doktor cakap abangku dah pergi menghadap yang Maha Esa.

Terus terang aku kata, die nampak elok selepas chemo, walaupun mengambil masa yang lama untuk pulih balik.Tapi dalam pertengahan tahun lepas, kanser terus menyerang ke bahagian perut dan hati, dimana, badan abang aku yang sihat bertukar menjadi cengkung, sehingga dimasukkan ke icu selama 16 hari kerana pernafasannya yang agak teruk.

Bila dipindahkan ke wad biasa, doktor cakap, yang abang aku hanya menunggu masa sahaja, so atas permintaan abang aku,pada 7/1/14 kitorang bawa dia balik ke rumah, dan cuba berubat cara lain pula. Masa kat rumah, abang aku hanya bergantung dengan oksigen sahaja.

Pada pagi 18/1, abang aku meminta kitorang bawa di ke hospital semula, dengan harapan dapat menyedut lendir yang terdapat di dada, yang menghalang dia dari bernafas, tapi pada masa tu keadaan dia sangat baik, dan kami sekeluarga  tidak menyangka sesuatu bakal terjadi.

Selepas 2 tahun berjuang, cuba berubat sana dan sini, setiap ceruk tempat kami pergi untuk menghalang kanser tersebut dari merebak, akhirnya kami kalah juga. Perasaan mak dan abah, tiada siapa yang tahu, selama 26 tahun bersama dan ditatang bagai minyak yang penuh tapi akhirnya abangku pergi juga. Tapi aku tahu mereka redha, bahawa setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Cuaca hari tu redup sekali, angin bertiup lembut sekali apabila imam membacakan talkin. Perginya dia, seorang insan yang hebat, tak boleh lagi memanggil 'alang'.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

AL-FATIHAH