Wednesday 30 November 2011

Monday 28 November 2011

Kahwin

Rasenye semenjak dua menjak ni,jarang hari-hari aku update blog,sorry la ye.Busy buat persiapan nak kahwin,tapi bukan aku yang kahwin,abang aku,hehehe.Tapi biase la,mesti orang perempuan yang lebih-lebih,yang lelaki nye biase je.

Bila pikir-pikir balik,kahwin nye sehari je,tapi persiapan nye berbulan-bulan awal,maklumlah naik pelamin nye seumur hidup sekali je (tapi ade je yang naik banyak2 kali kan,hehehe).Harap perkahwinan nye berjalan lancar,dan abang aku tak terketar-ketar masa kad nikah nanti,hahahaha.

Chopp: Musim cuti sekolah ni,memang musim kahwin dan musim hujan,kan?kan?kan?


Saturday 26 November 2011

Selamat tahun baru

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru,
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya,
Yang kat bawah ni doa akhir tahun dan awal tahun :)

Sumber : Google
Click picture to enlarge :)

Friday 25 November 2011

Pilihan Hati

Dah lama tak layan hindustan,tapi bila tengok tadi best pulak rasenye,walaupun dah banyak kali tengok,hehe.Jalan cerita pulak,confirm la aku dah taw.Kalau dah taw cerita tu sedih,tapi still keluar jugak air mata ni,hehehe.Kalau sepuluh kali tengok,sepuluh kali la nangis,lepas tu kene gelak,hehehe.

Citarasa orang ni berubah-ubah.Dulu bollywood,sampai Shah Rukh Khan datang Malaysia la,tapi sekarang ni da K-pop pulak.Aku suka semua,dari hollywood,bollywood,malaywood,even K-pop,aku layan je.Tapi aku pilih yang aku suka je la,hehehe.

Hmmm,kalau korang suka yang mana ye???

Tuesday 22 November 2011

Malaysia Juara

Walaupun aku tengok dekat rumah je,aura dari stadium bung karno tetap terasa.Dari awal game sampai masa ambil pingat emas tu pun,aku still tengok jugak,hehehe.Bangga sangat bila lagu negaraku berkumandang dekat stadium tu.

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia,sebab berjaya mempertahankan kejayaan dalam sukan SEA.Diorang bermain di depan hampir 80 ribu penyokong tuan rumah,tapi rasa gentar dan gemuruh tu menjadi pembakar semangat untuk diorang bermain dengan lebih baik lagi.Cayalah Malaysia.

Tahniah sekali lagi diucapkan pada pemain bola sepak Malaysia dan kepada atlit yang telah menyumbang Emas,Perak dan Gangsa untuk negara kita.Dan diharapkan pasukan bola sepak Malaysia bermain sehabis baik untuk menetang pasukan Syria nanti untuk pusingan kelayakkan ke Olimpik.


Chopp : Agak-agak Malaysia dapat cuti tak,hehehe ???

Sunday 20 November 2011

20/11/2011

Selamat hari jadi pada diri sendiri,weeee.Dah 21 tahun dah umur aku.Cantik kan tarikh tu???Ucapan untuk diri sendiri.

Source : Google


1. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki
2. Semoga bahagia dunia & akhirat
3. Semoga jadi anak yang solehah :)

Friday 18 November 2011

Malunya!!!!

Semalam,mase aku tengah tunggu bas,ade la sekumpulan pelajar yang tengah ambil spm duduk dekat station ni,maybe diorang dah habis paper agaknye,x pun keluar awal.

So,diorang ni pun bising-bising la,diorang cakap la pasal nombor,aku ingat mesti diorang tension pasal exam math kot.Sebab semuanya cakap pasal nombor.Tapi rupa-rupanya diorang cakap pasal nombor ekor,bukan main rancak lagi aku dengar.Yup,pelajar melayu and for sure la beragama islam.Aku yang tak de kene-mengena ni pun rasa malu.

Apa nak jadi la diorang ni,belum tamat SPM lagi,tapi yang ade kat dalam kepala diorang nombor ekor.Diorang siap nak share duit lagi sebab nak beli nombor ekor tu.Rase malu lagi sekali,sedih pun ade bila anak-anak bangsa melayu jadi macam ni.Harap diorang tu berubah.

Thursday 17 November 2011

Team Malaysia

Blog ni di update sebelum bermulanya pertandingan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.Semoga Team Malaysia mempamerkan usaha yang bersungguh dalam pertandingan nanti.Harap Malaysia menundukkan team Indonesia,hehehe.

Lastly,Go Malaysia Go


Tuesday 15 November 2011

Cara-cara menjawab telefon dengan betul :)

Cara-cara menjawab telefon

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama.terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye
(tak le boring sangat lebih-lebih lg kalau yg kejenye mmg jawab telefon).Jom sama-sama cuba,mesti best,hahaha...


1.Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf.sini bukan balai polis.

2.Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,?hanye boleh dicampur.

5.Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye?.?.?.? time kacih.

7. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

8. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

9. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

10.Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

11. Soalan: assalammualaikum.?.?.?
Jawapan: waalaikummussalam.?.?(?tupp!?.?.?terus letak telefon.salam kite wajib jawab)

12.Selamat mencuba :)

Chopp : Ni entry copy paste,Original owner die aku tak jumpe.So sorry kalau x nyatakan sumber :)

Monday 14 November 2011

One Day

“Live each day as if it's your last', that was the conventional advice, but really, who had the energy for that? What if it rained or you felt a bit glandy? It just wasn't practical. Better by far to simply try and be good and courageous and bold and to make a difference. Not change the world exactly, but the bit around you. Go out there with your passion and your electric typewriter and work hard at...something. Change lives through art maybe. Cherish your friends, stay true to your principles, live passionately and fully and well. Experience new things. Love and be loved, if you ever get the chance.” 


- salah satu  petikan dari novel One Day-




P/S : Rugi kalau tak baca :)

Apa yang kita nak buat dalam hidup?

Apa yang kita nak buat dalam hidup?.Ramai je yang tanya soalan ni kan,dari ibu-bapa,cikgu,tak pun kawan and for sure la diri kita sendiri.Korang pernah rase tak yang ape yang korang impikan dari kecik tak menjadi,macam yang korang inginkan?.Aku la salah sorang nye tu.


Yup,bukan semua yang kita nak kita dapat,tapi aku jeles sangat-sangat bila ade orang yang dapat tentukan hidup die macam yang diorang mahu.Memang sangat jeles ok,hehe.


Nak tahu macam mana aku ubatkan hati aku yang jeles ni,aku cakap dekat diri sendiri,mesti diorang jugak jeles dengan kita,nak jadi macam kita (nak sedapkan hati).Macam yang orang selalu cakap,just follow the flow, tapi pada masa yang sama kene la berusaha jugak dan akhir sekali, serahkan semuanya pada Allah.


Mesti ade hikmah nye kan,kenapa kita jadi macam ni,kenapa diorang jadi macam tu?Cuma kita je kot yang tak dapat cari lagi ape hikmahnya.So,jangan jeles-jeles ok,hehehe :)







Sunday 13 November 2011

Kan bagus kalau tak tahu

Kan bagus kalau kita tak tahu pasal benda yang kita tak nak tahu or memang tak nak ambil tahu,contohnya,perkara yang kita tak boleh nak terima la.Yela,kalau kita tak tahu,xde la rasa sakit hati or asyik terfikir je pasal perkara tu 24/7.

Tapi nak tak nak,kalau kita dah tahu,kene fikir jugak pasal perkara tu kan???.Mesti rasa pening kepala,dan kata balik,kan bagus kalau aku tak tahu.Yupp,tu la yang bermain kat fikiran aku sekarang ni,masalah sendiri tak selesai,di tambah pulak dengan masalah orang lain.Sekali lagi,kan best kalau aku tak tahu.

Sekarang ni,just relax kan diri,and try to think positive and face it with smile :)

Thursday 10 November 2011

Kain Pak Imam

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.


Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.



Sumber : Sini



Tuesday 8 November 2011

Pocket Doraemon :)

Sumber : Google

Kalau la pocket doraemon tu boleh berfungsi,korang nak mintak ape ye???Hehehe,aku ske kalau otak jadi macam budak kecik sekejap,saje nak lepas tension.Yela,kalau budak kecik,ape yang diorang tengok tu la yang diorang percaya,sebab tu la orang cakap yang budak kecik ni x pandai menipu.

Balik pada pocket doraemon tadi,kalau la boleh berfungsi,aku nak mintak die hilangkan semua tension aku ni,haha.Biar ingatan yang gembira je tinggal.So boleh la senyum lebar je :)

Malangnye,kalau aku nak akal macam budak-budak pun,memang tak dapat la,sebab aku ni dah besar,so fikiran kene la seiring dengan usia.Betul tak???

Yang kat atas tu semua macam kiasan je,kalau nak mintak something,mintak la pada Allah,sebab Dia kan Maha mendengar,bukan pada pocket doraemon,hehehe :)

Sunday 6 November 2011

Berbudi bahasa tak bertempat

Contoh : Si A tengah makan kuih,kuih tu memang sedap,si A ni pulak makan sampai x ingat dunia.Last-last kuih   tu tinggal satu or dua je,tapi si A ni rase die boleh habiskan semua kuih tu,tapi disebabkan die ingat nak bagi orang lain pulak yang rasa kuih tu or malu nak habiskan,so dia biarkan je la satu dua kuih yang tinggal tadi tu.

Ni la yang orang kata,berbudi bahasa x bertempat,selalu je jadi mcm ni,padahal tinggal satu je lagi,dah alang-alang tu habiskan je la,time tu pikir malu la,nak bagi orang lain la & macam lagi la.

Bukannya orang pikir lain pun kalau die habiskan kuih tu,die je yang pikir bukan-bukan.At last,orang lain tak makan,terus jadi membazir,kan x elok tu.

Korang ade x jumpa situasi yang macam ni,ke aku je????hehehehehe :)




Thursday 3 November 2011

Goreng pisang

Sumber : Google

Korang tahu tak lagu ni,kalau pegi camping or ade aktiviti je,mesti selalu guna lagu ni.Memang syok gile,perkataan yang pelik pun boleh keluar,kalau team tu kalah,mesti kene booo ngan team lain,hehehe..

Goreng pisang,
Goreng pisang,
Goreng pisang sekarang,

Pisang ape?
Pisang ape?
Pisang ape sekarang?

Pisang Emas,
Pisang emas,
Pisang emas sekarang,

Emas ape?
Emas ape?
Emas ape sekarang?

Yang lain korang sambung la sendiri :)





Thoughtless Thursday



You're trying and then you fail,
So,you're trying again,
But you get the same result,
Then you're tired and decide to give up

Now,let me tell you this,
The truth failure is when you stop trying and praying


Tuesday 1 November 2011

Selamat Hari Lahir :)


You raise me up, so I can stand on mountains,
You raise me up, to walk on stormy seas,
I am strong, when I am on your shoulders,
You raise me up... To more than I can be


Hari ni mak aku punye birthday,cantik je tarikh die 1.11.11,hehehe.Semoga mak aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Semoga sentiasa cikgu yang baik kepada anak muridnya,isteri yang baik kepada suaminya dan mak yang baik kepada anak-anaknya.


Terima kasih kerana menjadi Ibu terbaik sedunia :)