Tuesday 30 August 2011

Letih,tapi seronok

Pagi-pagi lagi dah bangun,tolong mak & siapkan ape yang patut,makanan kat atas meja tu,memang banyak,sampai x taw nak makan yang mana dulu,hehe.Bertambah la berat badan,tapi x pe,janji perut kenyang.Sembahyang raya tadi punya la ramai orang,sampai kene duduk kat luar,budak-budak pun join sekali.

Lepas tu pegi tengok kubur arwah atuk & nenek aku,kalau orang semua balik kampung jauh-jauh,kat kedah la,perlis la,mana-mana je la.Yang aku plak balik kl,kl memang lengang gila,nak main badminton kat tengah jalan tu pun boleh,hehe.Tapi best la,jalan x sesak pun.

seronok berkumpul sedara-mara ni,macam hal nak gosip,maklumlah,bulan puasa x jumpa,bila jumpa,kalah gosip ahli mesyuarat tingkap..hehe.

P/S:kalau rajin,puasa la sunat enam sekali,pahala nya sama macam berpuasa setahun :)

Monday 29 August 2011

Anak Bulan Dah Nampak :)

Wah,seronok nye,esok RAYA.Mesti korang semua tengah sibuk-sibuk ni kan,pasang langsir baru la & mesti ade yang tengah buat kuih di saat-saat akhir.Mana yang shopping raya lagi tu,jangan membazir sudah la,mentang-mentang malam raya selalu nye ade jualan penghabisan stok,hehe,tapi korang beli mana yang perlu je taw.

Amalan-amalan yang kita dah buat masa bulan puasa,jangan terus tinggal kan pulak,buat la sampai jumpa ramadhan tahun depan pulak :)

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,pada korang semua,semoga syawal tahun ni lebih bermakna buat anda.

Thursday 25 August 2011

Tuesday 23 August 2011

Hari malas sedunia :)

Pinjam dari Pak cik GOOGLE

Kalau lelaki yang baca entry ni,memang terus cakap,x boleh buat isteri budak ni,hahaha.Aku rasa hari ni hari pemalas aku,aku malas sangat nak buat ape-ape.Rasa macam berat je badan ni,nak berjalan pun malas.Kalau nak buat keje lagi la malas,tapi bab menaip x malas pulak,hehehe.Kalau la ade hari malas sedunia,mesti aku join,hehe.

Korang pernah x rasa macam ni?Mesti korang rajin je kan?Tak malas macam aku kan?hehehe.Jangan malas-malas Nadzirah,nanti rezeki x masuk,rezeki tengok muka aku pun x nak agaknye,hehe.

PS :AKU MALAS HARI NI JE,BESOK RAJIN BALIK :)

Monday 22 August 2011

Aku anti dengan kerengga

Lepas arnab aku mati hari tu,aku terus anti dengan serangga yang diberi nama KERENGGA ni,since dari hari tu,banyak kali la jugak aku pergi tengok arnab aku tu,takut ada kerengga lagi yang naik kat badan die nanti.Kalau yang naik tu satu-satu x pe la,x sakit sangat,ni x,sekali banyak yang serang arnab aku.Memang x boleh dibiarkan,hehehe.

Kerengga tu gigit aku pun sakit,cuba bayangkan die gigit arnab tu,memang lagi sakit la.Lagi pun arnab tu kan berbulu,habis kerengga tu melekat kat badan die.Arnab tu x buat salah pun kat kerengga tu,tapi yang kerengga tu nak gigit arnab tu jugak pasal ape?(musykil-musykil).So,aku bertekad aku akan menjadi mak guard untuk arnab tu,hahaha.Biar arnab tu aman & tenteram.

Sunday 21 August 2011

Macam Ultramen,haha


Nasib baik time game bola sepak x de yang macam nie,kalau x,mesti ramai player yang injured,hahaha..

Saturday 20 August 2011

Mak cik oh mak cik.

Ade la sorang makcik ni (nama x boleh bg taw,x pasal2 kene saman nanti,hehe). Mak cik,kalau nak ambil berat pasal orang or jiran-jiran x pe,tapi jangan la sampai jaga tepi kain orang.Memang menyampah la jawabnya.Lagi-lagi dalam bulan puasa ni,baik banyakkan amal ibadat dari cakap yang x tentu pasal,kan diam tu lagi baik dari berkata-kata.Aku harap sangat mak cik tu baca entry ni,hehe(memang x la jawabnya).Aku nak tegur,nanti x pasal-pasal je kene cop kurang ajar,tegur dalam hati je la kan,harap makcik ni boleh berubah perangai.

Jangan Tamak



Thursday 18 August 2011

Dah Takdir



Pernah x,selama korang hidup ni,korang ada menyalahkan diri sendiri,
Baru pertama kali aku rasa,lepas kematian arnab aku,Kenapa?Disebabkan sangkar 
arnab aku dekat bawah pokok,so,selalu la kerengga datang nak gigit die,
Disebabkan tu,setiap hari aku akan buat benda yang sama,aku akan sembur kerengga
tu supaya die x gigit arnab aku.

Tapi hari ni,aku x buat pun rutin tu sebab aku tertidur,dan memang jarang aku tidur
petang,aku bangun pun sebab mak aku kejut,cakap ade saudara datang,bila bangun,
aku terus lupa pasal arnab,memang x teringat langsung la.Lepas je saudara aku balik,
baru aku ingat nak pergi kandang die,bile bukak je sangkar die tu,aku tengok banyak
sangat kerengga kat badan die,arnab aku plak x bergerak,tapi aku sempat selamatkan
arnab-arnab yang lain.

Aku bagi tahu kat mak aku,yang arnab nye dah mati,mak aku cakap,dah ajal die.
Terus aku gali lubang and tanam arnab tu.Malam nie,bila aku pikir balik,mesti arnab tu x mati kalau aku x tido.
Kalau la,lepas mak aku kejut aku,aku terus je pergi kat arnab tu, 
mesti arnab tu x mati lagi dan bermacam-macam kalau la.

So,aku tarik nafas dalam-dalam,kosongkan minda,dan mula fikir balik.Tak perlu salahkan
diri sendiri,semua yang berlaku mesti ade hikmahnye,walaupun aku x tahu lagi ape 
hikmahnye,InsyaAllah nanti mesti tahu.Dan satu perkara lagi yang aku belajar,
jangan salahkan diri sendiri,terima rukun iman ke-6 dengan adanya.Kalau benda ni,
ditakdirkan dan aku rasa memang akan berlaku dalam hidup aku,walaupun dengan 
kehilangan orang-orang yang tersayang.Jalan penyelesaiannya tetap sama.

-16/09/11-

Monday 15 August 2011

Ooopss,terlepas cakap!!!

Biar pecah di perut,
Jangan pecah di mulut.

Kita punya la percaya dengan kawan kita ni,sampai kita ade bg tau rahsia kat die,tengok-tengok,die dah terlepas cakap pulak,geram x???mmg geram ok,yang paling geram,bila minta maaf ngan kita,still senyum2 lagi,pastu cakap,sorry la babe,aku x sengaja,terlepas tadi,sorry la ye.Cara die cakap macam x pernah buat salah,sabar je la.Lepas ni,taubat x nak bg taw pape pun dekat ko..Simpan sendiri je.hehe..


Waaaa,dah 500!!!


Terima kasih banyak-banyak kepada anda-anda dan anda,jom kita tengok follower yang bertuah ni.Cikgu orangnye,sama macam mak aku la..hehehe...Jom terjah SINI.

Seronoknye Hujan.

Sejuk je rasa,kalau time sekolah dulu best la,sebab aku duduk asrama.Kalau hujan je,mesti aku la orang yang pertama mandi hujan,tapi sorok-sorok la,takut kena tangkap dengan warden,hehe.Biasa la,zaman budak-budak sekolah,lagi orang larang,lagi la kita nak buat.

Kalau kat rumah plak,mesti aku cakap ngan mak aku yang aku nak basuh longkang,padahal motif utama nak mandi hujan,tapi xde la dalam bulan pose macam ni,boleh batal puasa nanti.Tapi tu masa zaman muda remaja la.Sekarang ni,aku sendiri pun malu nak mandi hujan,hehe.Tapi,sekali-sekala ape salahnye,hehehe..

Sunday 14 August 2011

Kalah Lagi

Korang tengok x badminton tadi,sapa yang sakit jantung memang x boleh tengok la aku rasa.Aku yang tengok pun rasa nak kene sakit jantung je tadi,meremang bulu tengkuk,hehehe.Walau ape pun,tahniah buat Datuk Lee Chong Wei sebab game tadi memang superb.Kalah dengan bermaruah la.Memang xde rezeki nak menang,lain kali cuba lagi.Jangan putus asa.Tapi kenapa aku yang rasa sedih...waaaaaaaa.....

Mana satu sin chan yang betul ?

-Berguling-guling macam tenggiling-
hehehe

Saturday 13 August 2011

Die hard fan of upin&ipin

Bukan aku,tapi anak buah aku,hehehe.Tak caya,jom tengok kat bawah nie.








Kuat betul pebgaruh upin-ipin ni,ape-ape je yang ade gambar upin-ipin ni,mesti die nak.Cd upin-ipin tu,hari-hari die tengok sampai dah hafal dah diolog die.hehehe.Kalau orang tido bola,makan bola,semuanya bola.Yang die ni pulak tido upin-ipin,makan upin-ipin,bak kata mak die,semuanya upin-ipin la..hehe

Friday 12 August 2011

It's Friday

It’s Friday, Friday

Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend
-korus lagu Friday-


Disebabkan hari nie hari jumaat,aku teringat plak la lagu si Rebecca Black ni,FRIDAY.Kalau tengok kat youtube memang ramai yang tengok video nie,berjuta-juta kot.Tapi kalau korang tengok kat bahagian komen tu,memang ramai la yang kutuk.Tapi,aku tengok video ni pun tergelak.Hahaha.macam kita ni x taw sangat pulak pasal hari.

Tapi kesian jugak ngan die,sekarang nie die dah berhenti sekolah dah sebab x tahan kene kutuk dengan budak sekolah die,siap cakap lagi "it really sucks being bullied!".Ingat budak sekolah biasa je kene buli ke,artis pun kene buli jugak taw.


Nak tengok video die : Klik SINI
Nak taw dengan lebih lanjut : Tengok SINI

Thursday 11 August 2011

Terus terang kan senang,tapi ???

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar.
-peribahasa hari ini-

Peribahasa di atas tiada kene mengena dengar cerita ini.Susah sangat ke nak terus terang ni?Bagi aku memang susah,sebab apa?yela,takut nanti ade yang tersinggung,dari kawan terus x kawan dah,kan susah.Kalau yang jenis open minded tak pe la,sebab orang yang jenis macam ni,senang diajak berbual dan senang menerima nasihat atau kutukkan.

Kalau aku,ade hal yang aku boleh berterus-terang & ade hal yang aku rasa baik aku diamkan diri je.Sebab kita ni bukan nye hidup dalam hutan,banyak lagi hati & perasaan yang nak kena jaga.Betul tak?Kalau tersilap cakap,lain yang jadi.Aku hanya jadi orang yang berterus terang bila dengan keluarga aku je.Sebab apa?Sebab diorang family aku la yang aku rasa, aku kene harus dan wajib berterus terang,kalau x dengan sapa lagi.hehehe.




Sunday 7 August 2011

Cita-cita budak kecik...

"Cita-cita kamu nak jadi ape?"
"Saya nak kahwin dengan Tan Sri cikgu.
Emmm,kalau x dapat Tan Sri,Datuk pun jadi lah cikgu."
-Ayat dari cerita Pisau Cukur-

Kalau dulu time cikgu tanya,bila besar nanti kamu nak jadi apa,mesti jawapan yang selalu keluar dari mulut budak-budak kecik termasuk lah aku nak jadi askar,polis, x pun cikgu.Aku pun x paham kenapa,maybe sebab selalu main polis tentry (aku x taw la ejaan nye betul ke tidak) kot.hehe

Tapi tu dulu,sekarang zaman dah moden,budak-budak pun dah pandai pikir,kalau ditanya nak jadi apa,diorang cakap nak jadi doktor,pensyarah,ade jugak yang nak jadi perdana menteri.Tapi aku paling kagum dengan jawapan seorang budak ni,aku tanya la die,dah besar nak jadi ape,simple je jawapan die,die cakap die nak jadi orang baik,mesti sejuk perut mak dia mengandung.Tak kisah lah budak-budak kecil ni nak jadi ape,yang penting sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Friday 5 August 2011

Karangan negeri 9

Pagi tu pagi Senayan. Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Tingga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah. 

Tetibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Belango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh. Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh. Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda. Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh. suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den. 

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung. Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi. 

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito. 
"KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN" 

Perhatian : Ini adalah entry copy paste,tapi aku pun x pasti sape yang tulis sebenarnya :(...Aku yang original negeri 9 pun x paham sangat bahasa ni.hehe,memang pekat macam susu F&N ni...haha..mesti terbelit-belit lidah nak baca kan :) By the way,hope you enjoy reading it..

Thursday 4 August 2011

Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet !!!!

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 



Sumber : Berita Harian

Macam-macam hal la,nie pasal xde semangat kesukanan la ni..Sepatutnya sukan dijadikan medium bagi mengeratkan hubungan sesama kita ataupun hubungan antara negara,ni dah jadi lain plak.Dunia-dunia :)

Wednesday 3 August 2011

Aku memang cemburu!!!

Cemburu dari segi yang baik la,aku memang jeles sangat kalau orang dapat markah or pointer yang lagi baik dari aku,tu yang buat kan aku lagi berusaha nak dapat sama atau lebih dari diorang.Selalu nye aku cakap straight to the point je ngan kawan-kawan aku,yang aku ni cemburu dengan diorang,hehe.Diorang pun ok je,still je jadi kawan lagi,hehe.Persaingan yang sihat orang kata.

Aku xde la nak cemburu,sampai nak jumpa bomoh dan yang sewaktu dengannya,hehe.Kalau nak diikutkan persaan cemburu nie ada baiknya jugak,dalam hal suami-isteri x pun hal kekasih,orang mesti cakap kalau cemburu tandanya sayang,betul x?Tapi jangan la cemburu buta plak,x pasal-pasal kene tinggal nanti.So,anda boleh cemburu,tapi cemburu pada landasan yang betul la ye..hehehe

Tuesday 2 August 2011

Tambah pahala di bulan Ramadhan

Salah satunya ialah dengan cara menderma atupun memberi sedekah,contohnya derma dekat fakir miskin x pun derma dekat anak yatim.Sebaiknya,kalau nak menderma tu,biarlah antara kita dengan tuhan je yang tahu,sebab kalau ramai orang yang tahu,Boleh timbul rasa sombong dalam diri kita nanti.Macam orang selalu cakap,kalau tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri.

X perlu la nak menunjuk-nunjuk,kononnya kita la yang derma paling banyak.Dari nak cari pahala,dosa plak yang dapat nanti sebab dah timbul rasa sombong tu.So,selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beramal :)