Sunday, 7 August 2011

Cita-cita budak kecik...

"Cita-cita kamu nak jadi ape?"
"Saya nak kahwin dengan Tan Sri cikgu.
Emmm,kalau x dapat Tan Sri,Datuk pun jadi lah cikgu."
-Ayat dari cerita Pisau Cukur-

Kalau dulu time cikgu tanya,bila besar nanti kamu nak jadi apa,mesti jawapan yang selalu keluar dari mulut budak-budak kecik termasuk lah aku nak jadi askar,polis, x pun cikgu.Aku pun x paham kenapa,maybe sebab selalu main polis tentry (aku x taw la ejaan nye betul ke tidak) kot.hehe

Tapi tu dulu,sekarang zaman dah moden,budak-budak pun dah pandai pikir,kalau ditanya nak jadi apa,diorang cakap nak jadi doktor,pensyarah,ade jugak yang nak jadi perdana menteri.Tapi aku paling kagum dengan jawapan seorang budak ni,aku tanya la die,dah besar nak jadi ape,simple je jawapan die,die cakap die nak jadi orang baik,mesti sejuk perut mak dia mengandung.Tak kisah lah budak-budak kecil ni nak jadi ape,yang penting sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

8 comments:

Cik Baju Kurung said...

betul ! biar keje cuci kete je pun asalkan berguna and tak buat keje keje jahat . kan ? =)

Dhiya Fariza said...

jawapan terbaik :)

header comel gilos!

CIK PARO! said...

cita-cita sentiasa berubh smpai la besar kan..

H.J said...

ni budak tu dok tengah komen entry ni.haha

Maya Lisa said...

budak baik tu adik maya tuu ^^ haha

ketawariang said...

police and thief nama game dulu-dulu tu.. hehe

tapi dulu ada sedara ni,dia dah besar nak jadi imam.... best kan? alhamdulillah sekarang dah jadi imam dah pun....

Jom join ketawariang's Giveaway! : Saya nak hadiah dari ketawariang

ILA HonEyBuNNy said...

hehe...

budak2 sekarang neh fikiran semakin matang...tak macam dulu kan..

masa budak2 suka gak pk nak jadi anak raja la..kawin dengan datuk la.heheh

= d = said...

aah..
betul tu..
dulu pon d cakap nak jadi cikgu..
xde idea..
ikut kawan je..
hahha..
:)