Monday 10 December 2012

Nak cerita pun malas.

Pada satu masa dahulu, ada sebuah kampung dimana penduduknya rajin - rajin belaka dan memang terlampau la susah nak mencari seseorang yang malas. Jadi pada suatu hari, raja membuat pengumuman untuk mencari orang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, ade seorang lelaki mengaku,

Lelaki 1 : " Patik adalah yang paling malas "
Raja  : " Apa tahap malas tuan hamba?"
Lelaki 1 : " Kalau patik hendak makan, ade orang suapkan patik, tuanku "

Tiba - tiba seorang lelaki mencelah.

Lelaki 2 : " patik lagi malas dari dia, tuanku "
Raja : " Sampai mana pula tahap malas tuan hamba? "
Lelaki 2 : " Kalau patik makan pun, ada orang yang tolong kunyahkan "

Raja pun terdiam seketika. Lalu datang seorang budak lelaki.

Budak lelaki : " Ptiak adalh yang paling malas tuanku "
Raja : "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu budak ? "
Budak lelaki : " NAK CERITA PUN MALAS "


Wekkkkk!!!!
                                           

P/s : Jangan malas - malas ye!!!!

Monday 26 November 2012

Bola di mata wanita....

Hmmm, mesti semua heboh pasal bola sepak semalam, aku mengaku, aku pun tengok jugak. Yela, sebagai penyokong tegar Team Malaysia ( angakat bakul sendiri,hehe ). Yang aku ingat la kan, separuh masa pertama je aku tengok, bila singapore dah berjaya membolosi gawang Malaysia ( pengulas sukan ), terus aku xde mood nak tengok.

Tapi, still ade tapi tu, lepas tu aku tengok kejap - kejap je, sebab aku dh ade kat dalam bilik dah, x sampai hati nak tengok Malaysia kena belasah,hehe. Parents aku je still mengharap Malaysia jaringkan gol, fanatik kan diorang,hehe.

Hmmm, sebenarnya yang kat atas ni kiasan je, apa yang aku nak tekan kan ialah, pasal wanita dan bola or woman and football. Disebabkan aku ni seorang wanita ( ayu la sangat guna perkataan wanita ni,hehe ) yang tak la fanatik sangat dengan bola tapi still boleh lagi tengok bola. Yang aku paham pasal bola ni cuma 2 JE ( OMG 2 JE!!!!! ) Bila ade penalti and bila bola masuk gawang.

Foul tu ape?? Macam mana boleh kene kad kuning plak ???

Ooops, tambah lagi satu, bila ade pemain yang hensem and ganteng - ganteng,hehe ( well, aku ni manusia yang ade hawa nafsu jugak,hahaha ). Yang foul dan sewaktu dengannya, semua aku x paham,hehe. Tengok - tengok je, bendera dah kene angkat, ade jugak aku google, tapi still tak paham jugak penggunaan die.


Oooh, lampard,hehe

Last but not least, aku rasa better aku jadi penyokong Malaysia yang biasa- biasa je, even aku x paham pun ape tu foul or whatever, tapi bila bola masuk je dalam gawang, aku taw la yang tu goal...hehehe....

P/s : Once Team Malaysia, always Team Malaysia.

Thursday 22 November 2012

Andai itu ketentuanNya.

Woahhhhh, lama sungguh x update blog aku ni, memang bersawang - sawang la nampaknya. Bukannya apa, dalam proses recovery lagi pinggang aku yang sakit ni. Hmmm, masa hari raya haji yang ke -2 bersamaan dengan 27/10/12 memang detik ngeri la bagi aku.

Kereta proton perdana yang kitorang naik, mengalami kemalangan on the way nak naik cameron ( ceh, macam pembaca berita la pulak ). Kereta tu, abang ipar aku yang bawak, maybe accident disebabkan jalan licin sebab masa tu baru je lepas hujan.

Masa berlakunya accident tu, aku memang dalam keadaan sedar, along & adik aku je yang tidur, hanya Allah je yang tau persaan ni bile kereta tu boleh berpusing kat tengah - tengah jalan tu. Abang ipar aku cakap, kereta tu berpusing 3 kali, maybe disebabkan terlampau laju, aku ingat pusing sekali je. Aku tunduk je masa tu, tak habis mulut ni dari berzikir. 



Kereta berhenti pun, sebab berlanggar dengan kereta proton exora, time tu la kitorang semua terhentak, adik aku yang tiba2 terjaga terus sesak nafas, abang ipar aku yang keluarkan kitorang semua melalui tingkap sebab pintu dalam keadaan auto locked, nak bukak tak boleh, pintu dekat bahagian driver je yang boleh, so memang kene pecahkan tingkap la, sebab minyak dah leaking, takut kereta meletup.

Kitorang semua dihantarkan dekat kpj ipoh, kene tahan selama 3 hari. Mungkin Allah nak bagi kami peluang lagi, Alhamdulillah kitorang semua selamat, kakak aku dan kandungan die pun ok, kitorang x having serius injury pun.

Kereta memang remuk and totally lost, tapi yang paling penting sekali, xde sorang pun yang cedera teruk. Kalau nak diikutkan pada hukum akal, kalau kereta dh remuk tu, penumpang die mesti cedera teruk, Syukur, Allah masih sayangkan kami, cuba bagi peluang untuk mencari ilmu akhirat lagi.

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BERLAKU MESTI ADE HIKMAHNYA 

Friday 19 October 2012

The only reason


“If you're reading this...
Congratulations, you're alive.
If that's not something to smile about,
then I don't know what is.” :)

Hey babes, salam Jumaat. Nak cakap pasal quote kat atas tu, kalau baca betul - betul, macam perli pun ade jugak. Sape yang terasa tak taw la kan,hehehe. Mostly, menangis dengan perempuan nie memang sinonim sangat - sangat, senang cerita, tak dapat dipisahkan la.

Why CRYING??????

1. Pasal parents ( accepted )
2. Pasal kawan ( accepted )
3. Pets sakit or mati ( accepted )
4. Pasal pakwe or makwe ( boleh la diterima, kalau dah rancang nak khwin, tapi ade something berlaku )


Dan lain - lain, pasal rasa nak marah la, sakit hati la, x dapat baju kegemaran la. Bagi aku, especially gurlz, suke sangat keluarkan air mata atas benda - benda kecil ni. Sampai sekarang aku x taw kenapa.

Why women cry, WHY!!!!


Kaum hawa, tolong jawab sket, kalau kaum adam nak jawab pun boleh jugak, mana taw ade pengalaman...


Friday 12 October 2012

The POSSIMPIBLE!!!

What's up there!!!...kenapa ha, kebanyakkan manusia nie cakap je lebih tapi action nye takde ( Including me,but sometimes only ). Yela cakap bagai nak rak, itu la ini la, tapi habuk pun x de. Lagi satu they just keep complaining, mesti ade je yang x betul.

HELLO!!!PERHATIAN!!!!ATTENTION!!!!

Susah la kalau hidup asyik nak puaskan hati semua orang je, memang ade je la yang tak kene nanti. Dah fitrahnye manusia nie, susah sangat nak bersyukur, kalau dah kaya, nak kaya lagi, kalau tak untuk dia, mesti untuk saudara - mara dia. Susah kot nak maju kalau ade orang yang mentality dia macam nie. 

TAK BOLEH DIUBATI MELAINKAN DENGAN KEINSAFAN DIRI SENDIRI.

Well, bukannya ape, mesti korang pun pernah melalui situasi yang macam ni kan, dan mesti korang pun pernah jadi macam ni kan???( JANGAN TAK MENGAKU OK )cuma korang je yang tak perasan,tapi orang lain mesti perasan.

Nak ubah memang susah, sebab dah jadi habit, tapi put in your mind, NOTHING IS IMPOSSIBLE & yang ni pepatah melayu yang aku paling suka HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH.

P/s : This is note to myself & yours

Monday 8 October 2012

Girl Fight

Oh semua yang bergelar perempuan, tak payah la gaduh sampai nak tarik - tarik rambut disebabkan benda - benda yg kecik. Aku pun pening tengok, hehehe and sebagai seorang yang sama jantina, rasa malu pun ade. Ni berdasarkan cerita betul, nama perempuan tersebut dirahsiakan di atas sebab - sebab keselamatan...hehehe

Masa kat kl sentral, time tengah tunggu train, aku berdiri je la belakang line kuning tu. Then terpandang sorang perempuan nie,die dok sibuk - sibuk check muka die, lepastu die nampak aku pandang die, terus die pergi kat aku. Die tanye

aku bayangkan perempuan tu tarik rambut macam nie...

Girl : " Muka I ade nampak mcm kesan luka x ?"
Aku :  Tengok muka die, lepastu aku ckp x nampak,maybe sbb kulit die gelap sket kot.
Girl : lepastu die cerita la yg die gaduh dgn perempuan nie dalam train, cerita dari A - Z..

Aku dengar je la, sambil die tunjukkan tangan die yg bercalar - calar tu ,sebab kene cakar dengan perempuan lagi sorang. Nak taw sebab ape diorang gaduh, sebab perempuan tu terlanggar die je.

Dalam hati aku, aku rasa nak menjerit je ( WHATTTTT ),pasal terlanggar je pun, tu pun boleh jadi isu, super duper pelik ok. Benda kecik pun boleh jadi sampai tarik rambut & cakar - cakar bagai, mintak maaf je la, lagi senang.

Perbualan kitorang terhenti kat situ je, sebab lepas tu train datang, aku terus masuk coach lain, sebab malas nak dengar die cerita. Kalau aku dengar, mesti aku yang gaduh ngan die nanti,sebab sakit hati...hahaha...

Patut la lelaki ni susah nak paham perempuan ( BETUL KE??? )...hehehe


Wednesday 26 September 2012

Confuse tahap dewa!!!!!!!!

Bile masuk je class aku siap senyum lagi, even tengah sakit. Aku kene jaga student untuk test amali diorang, so after edarkan kertas & bagi arahan, diorang terus proceed dengan test diorang. Aku just tengok2 je la macam mando ( sbb test kan, mana boleh tolong ).

Lepas je diorang habis exam ade sorang budak perempuan ni nak hantar kertas, so terjadilah situasi yang membuatkan aku dari senyum terus x senyum & dari hati yang berbunga - bunga terus jadi layu.

Situasi tersebut adalah seperti yang dibawah :

Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Buat derk je, sambil tangan pegang kertas & otak tengah b'fikir.
Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Buat tak tahu lagi, lepas tu die tanya kawan die kene buat ape?
Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Ha'ah la ( dalam keadaan menengking )
Saya : MOTIFFF ( dlm hati )?????

Tak paham aku dengan masalah budak nie, dah la aku tanye dengan lemah gemalai sekali, lepas tu die boleh jawab macam tu pulak. Memang angin satu badan la, tapi still boleh cover lagi. Yang die nak menengking ape pasal,dah la aku tanye banya kali die buat tak taw je.Sampai sekarang aku still x paham kenapa die jawab macam tu.

THAT'S SO RUDE U KNOW ( if die baca )


Friday 7 September 2012

Berubahlah.



Miss the old day,
but not the old me,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” (Ar-Ra’d: 11).




Sunday 19 August 2012

Selamat Hari Raya


Ketupat rendang, kuih bahulu
Juadah enak warisan melayu,
adik comel berbaju baru,
selamat hari raya dari aku...

Sunday 5 August 2012

Special for Lee Chong Wei


You still the hero of my heart.
Just can't stand to see when he's trying so hard to hold his tears.
Please don't be sad,
Malaysian are already proud to have you.




source : google


Tuesday 24 July 2012

Puase di perantauan

Tajuk nak gempak je kan, haha, macam la aku duduk kat obersea, padahal kat perak ni je ha. Al-maklumlah, aku praktikal kat sini. Disebabkan aku duduk dekat asrama ( tapi ada bilik khas la ), so hari - hari la kene makan nasi kawah ( tapi bersyukur sebab still dpt makan & jimat duit ) disebabkan tempat ni yang jauh dengan semua, kalau nak keluar pun kene fikir banyak kali, kalau setakat saje - saje je, memang tak keluar la jawabnya, lagi - lagi time pose nie.

Student dengan aku dah x jauh beza dah, kadang - kadang orang tak kenal mana satu student, mana satu cik diorang ( out of topic la pulak ),hehehe.

Hmmm, bila dekat sini, asyik menghitung hari nak balik rumah je, tapi boleh balik lg 2 hari nak raya je, waaaa, sungguh x syok, kawan - kawan aku dah berjimba dah dekat rumah, yang aku plak still kat sini lagi. Yang paling x syok, bile mesej sampai bertalu - talu, cakap bile balik la?, nak buka sama - sama la ?, itu la, ini la. Sengaja je diorang ni nak bagi jeles.Totally unfair,hehehe...

P/s : Jangan merungut di bulan puasa ( talk to myself )

Saturday 21 July 2012

Mencari keberkatan.


Ketupat, rendang, kuih bahulu,
juadah enak warisan melayu,
adik comel berbaju baru,
selamat berpuasa dari aku,

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang bergelar muslim dan muslimah, semoga puase tahun nie mendatangkan keberkatan buat kita semua. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk malas melakukan kerja.

P/s : Cuba try update dengan lebih kerap lagi...

Thursday 28 June 2012

Let's be awesome





When I get sad, I stop being sad 
and 
be awesome instead 






P/s : it's that true ???



Tuesday 12 June 2012

Roti Najwa latif

Cerita ni berlaku di kedai mamak.

Kawan aku : Mamak roti najwa latif satu.
Mamak       : Ape tu dei??
Kawan aku : Roti kosong, kosong, kosong
Mamak       : Oooo, cakap roti kosong kan senang,
                     Mau minum air ape?
Kawan aku : Air najwa latif satu,hehehe
Mamak       : Ok, sekijap lagi sampai.

sumber : google


Yang aku dah gelak sakan dah ngan member yang lain, hahaha. Tak boleh blah betul la, famous - amos betul najwa latif ni, siap ade trademark sendiri. Nasib baik bile kawan aku order air najwa latif satu, mamak tu terus boleh tangkap, hehehe. Memang ingatan diorang superb la. Respect la.

Monday 4 June 2012

Ubat Hati

Happy Monday everyone. Meh sini nak cerita, dalam bulan ni, semenjak dua menjak ni, hati rase tak tenteram je, tak tahu kenapa, mandi tak lena, makan tak basah , tido tak kenyang, and ayat pun tunggang langgang. Oh hati, kenapa la jadi macam ni?WHYYYYYY????

source : google


Semua benda yang aku buat, mesti tak menjadi, macam ade something yang kurang ( macam maggie kari tak letak perencah kari ),hehehe, perumpamaan yang baik punyerrr. Still mencari lagi apakah puncanya terjadi semua ini.

ubat hati.


P/s : Agak - agak korang kenapa ek?

Wednesday 30 May 2012

Pengirim Misteri & RM3

Ok, ni cerita lama, tapi aku baru je taw, so dikira cerita baru la ye, hehehe. 16 Mei kan sambutan hari guru. Tapi dekat sekolah mak aku, die sambut minggu selepas 16 Mei sebab ade ujian dekat sekolah diorang.

Nak dijadikan cerita, masa sambutan tu, Of course la anak - anak murid bagi present dekat cikgu diorang kan. Mak aku pun tak terkecuali la. Bila dekat rumah, yang super - duper excited nye adalah adik aku. So,adik aku la yang merasmikan upacara membuka hadiah tu.

sumber : google


Ok, mase bukak - bukak hadiah, tiba - tiba ade sampul surat. Nak taw isi dalam die ape ?. Dalam tu ade RM3, and dekat sampul surat tu, tak de tulis nama pemberi die. Adik aku terus inform kat mak aku, mak aku cakap, baru first time die dapat duit dari anak murid die sepanjang die mengajar ni, selalu kerajaan je yang bagi duit ( duit gaji ).

Lastly, sampai sekarang mak aku tak taw sape yang bagi duit tu, sebab bile mak aku tanye anak murid die, sorang pun tak mengaku,hehehe ( Biase la budak - budak ). So, tamatla cerita tentang pengirim misteri,hahaha.

P/s : Tiada Pesanan


Monday 21 May 2012

Surat Untuk Mak, Ibu, Ummi, Mama, Bonda

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal... 

Mak.....

Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia....
mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. 
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...eeemmm...
bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....

amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....

Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....

Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...

makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Sumber : SINI

Wednesday 16 May 2012

Report Card Untuk Cikgu

SAYA SUKA BOLA,
HARI - HARI SAYA MAIN BOLA,

Memang tipu la kalau korang tak ingat dialog ni,hehe.Dari aku start tengok cerita ni lagi,dialog ni dah terpahat segar je dalam ingatan.Dulu - dulu time hari guru, mesti aku lah orang yang super excited nak pegi cari hadiah,kalau boleh semua cikgu kat sekolah tu aku nak bagi hadiah,yang tak mengajar aku pun aku nak bagi jugak,hahaha ( super excited ).

Tapi yang super duper excited nye bile time sekolah rendah je, disebabkan semua budak - budak pun berlumba - lumba untuk membeli hadiah,so rase tak nak kalah tu memang ade la ( jealous sebenarnye ). Sape yang hadiah die paling besar dikira sebagai pemenang la,hehe. Bila pikir - pikir balik memang tak terjangkau seronoknya.

sumber : google


Tapi bile masuk je sekolah menengah, memang dah x peduli dah semua tu, rase malu pulak kalau nak bagi hadiah, sebab pikir macam budak - budak,hehehe.Kalau nak bagi pun, bagi kat guru class je.Kalau ade pertandingan guru - guru lawan murid, of course la murid yang menang, ( memang x nak bagi can,even hari tu hari guru ),hahaha.

Lastly, SELAMAT HARI GURU untuk cikgu yang mengajar matematik, sejarah, sains, bahasa melayu ( pemahaman & penulisan ), bahasa inggeris, addmath, accaunt, ekonomi, geografi, pendidikan islam, fizik, kimia , biologi, dan ape ape subject pun. Tak lupa juga SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU serta  IBU TERBAIK SEDUNIA IAITU CIKGU NORHAYATI. Sebab setiap ibu itu adalah pendidik sebelum anak - anaknya melangkah ke alam persekolahan. TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJAR & ILMU MU


P/s : Waaaaa,nak masuk sekolah tadika, sekolah rendah balik.

Friday 11 May 2012

" Memey La "

Perkataan kat atas tu, mula - mula memang aku x tahu ape maksud die. Aku ingat die cakap " MEMEY LA " tu, die tujukan dekat artis memey tu. Hahaha, serius naif sesangat. Siap ade group pulak tu, dalam hati aku nak tanye, tapi malu, sebab semua orang macam tahu je ape maksud ayat tu sebenarnya.Aku search kat google
" MEMEY ", tapi yang keluar memey yang lagi sorang tu. Bertekad untuk tidak meneruskan pencarian, dan ignore je,hehe.



Finally,after 5 or 6 month after cerita tu keluar, kawan aku tengok la cerita tu dekat lappy die. So, aku pun buat - buat tanye la, " Wei, MEMEY LA tu ape?". Kawan aku gelak guling - guling dulu, lepastu baru la di bagi tahu yang MEMEY tu membawa maksud kepada MEMANG. My reaction! haruslah aku pun tersipu - sipu kat situ. Aku cakap dengan kawan aku, jangan bagi taw kat sesiapa.

Tapi besoknya, die pegi post kat wall, yang mana of course la semua orang baca. Seminggu lebih aku kene bahan, tapi sabar je la.

PESANAN : KALAU X TAHU BENDA YANG ORANG SEMUA DAH TAHU DAN RASA BENDA TU TAK PENTING PUN UNTUK ANDA TAHU, BETTER  TAK PAYAH TANYE KAT ORANG ( ESPECIALLY KAWAN KORANG SENDIRI ), SEBAB NANTI JADI MACAM AKU. FOR SURE KENE BAHAN PUNYE. hahahaha. SABAR JE LA

Thursday 10 May 2012

Nyaaammuk

A baby mosquito had just returned after his first flight.
Daddy mosquito asked " So, son, how does it feel?".
The baby mosquito replies,
" Wow, Dad, it was wonderful. Everyone was clapping for me!"

Source : reader's digest.

Monday 7 May 2012

Bisikan Nafsu

Well, it's a new day. Even new day pun, aku still terasa weekend lagi. Malas betul nak kene bangun pagi - pagi, mandi, gosok gigi and pegi keje ( exaggerate :). Tapi tak pe, kene mulakan setiap langkah dengan Bismillah dan muka kene ade senyum, jangan nak masam je, rezeki lari nanti.

Last saturday  hari tu, keluar pegi pasar malam kejap ( hari ni baru nak cerita,hehe ). Niat hati nak tengok - tengok je and beli barang sikit je. Tapi bile dah sampai, tangan ni gatal je nak belek - belek, lepas tu terus bagi signal kat otak. Otak pulak proses, samada penting ke benda tu? Nak beli ke tak nak?. Tapi bila hati dah masuk campur, tu yang tambah susah tu ( paham-paham je la bisikan nafsu ni ). Kalau tak beli mesti time balik nanti, terbayang - bayang je.

lebih kurang macam ni la muka aku..
sumber : google


Finally, memang aku ikut cakap hati. Terus ringan je tangan keluarkan duit ( padahal otak kate jangan ),hehehe. Well, name pun perempuan, memang x dapat nak dipisahkan la dengan situasi yang macam ni. Sebab tu la jarang ade lelaki nak keluar shopping dengan perempuan, tak kisahla kalau nak ke pasar malam pun.

P/s : " Ikut hati mati, ikut rase binasa "
          lagi satu,Tajuk nak gempak je kan????hehe.

 

Friday 27 April 2012

Ini Harta Bukan Saya Yang Punya

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. 

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. 

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis 

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".

Sumber : SINI

Sunday 15 April 2012

Friday 30 March 2012

Funny,funny & funny

What's is the laziest mountain in the world ?
= Mount Ever-rest.

What is a snake favourite school subject ?
= Hiss-tory

What does it say on a robot's tombstone ?
= 'Rust in peace'

What did the baby porcupine say when it
bumped into a cactus ?
= " is that you,Mummy "

What do you call the ghost that haunt Tv
chat shows ?
= The phantom of the oprah

Source : 101 cool jokes

Wednesday 28 March 2012

Segalanya pasti berakhir

Terasa stress?Fikiran bercelaru?Buntu?dan semua rasa berikut dalam satu masa.Jangan risau,semuanya pasti berakhir,cuma masa je yang menentukan.Sebab tu Allah kurniakan kita perasaan sabar dan sebab tu la sabar itu sebahagian itu daripada iman.

Boleh berserah,tapi jangan menyerah,dan sentiasa tanam dalam fikiran yang setiap apa yang berlaku walau sekecil zarah sekalipun,pasti ada sebab disebaliknya.

p/s : masih tersenyum lagi...

Saturday 24 March 2012

Pulangkan

Ooooo,sangat tak suke dengan orang yang pinjam barang lepastu tak reti-reti nak pulang balik.Lepas tu bila jumpa kite buat macam takde ape-ape je,so annoying.Masa nak pinjam,bukan main baik lagi muka & bahasa,janji nye mcm orang couple yang nak sehidup-semati,cakap baik-baik je"nanti kite pulang balik ye".Eeeeee,totally annoying bile ingat balik.

source : google


Stress betul mengadap orang macam ni,makin bertambah kedut-kedut kat muka,hehe.Bile kite nak mintak barang kite,die cakap nak guna la,itu la.So aku hanya mampu senyum pahit je la.Terase macam kite pulak yang terhegeh-hegeh nak pinjam barang kat die,padahal tu barang kite.

Kepada orang-orang yang suke meminjam and tak reti nak pulangkan balik ni,berhenti la dari buat keje macam ni.Daripada nak dapat pahala terus dapat dosa tuan empunya barang tu sebab maki-maki korang,hehe.

p/s : minggu ni memang stress,tp still kene senyum jugak.

Wednesday 21 March 2012

Terasa dah tua

Bila result SPM dah keluar,aku rase tua pulak,maklumla dah lama tinggalkan zaman persekolahan.Tahniah la pada candidate spm yang dapat result cemerlang,yang kureng tu,jangan risau,still lagi boleh berjaya even result tu x seberapa.Yang penting jangan putus asa.

source : google


Dikesempatan ini(ceh,ceh,macam nak tulis kad raya pulak,hehehe)aku nak ucapkan tahniah kat adik aku sebab dapat straight A's(11 A kesemuanya).Mesti die bangga gile,hahaha.

Saturday 17 March 2012

How to reduce wrinkles :)

Source


The more you're angry the more wrinkles you get,hehe. So stop being angry and let's start smiling.

Tuesday 28 February 2012

That's why i hate fact!!!!!!

1. A person is more sincerely interested in the pimple on their nose than how many AIDS sufferers there are in Africa.

2. You'll make more friends in 4 weeks being interested in others than you will in ten years of trying to get others to be interested in you.

3. People are not interested in you or me - they are only interested in themselves.If you feel upset about this,get over it.Accept it as a fact of life.

Source : People skills for life

Mengajar sambil belajar

Kalau korang perasan,entry aku dari bulan 1 sampai sekarang ni memang sikit sangat kan,hehehe.Sorry la,memang xde masa.Dengan line internet yang slow,memang jarang aku dapat online,kalau dapat pun,memang macam kura-kura nak mampus,hehehe.

Bukannya ape,sekarang ni tengah belajar macam mana nak jadi seorang tenaga pengajar.Berat kan tugas ni,lagi satu,aku cepat terasa letih.Memang hari-hari tidur awal,hehe.Mak aku suka la,sebab antara anak die yang 5 orang ni,lekat pulak sorang yang jadi tenaga pengajar,tapi bukan cikgu sekolah la.

Harap,dapat menjadi seorang pengajar yang baik,ceh,ceh,ceh.Ayat ni boleh buat orang muntah banyak kali kalau baca.Tapi that's the truth.

P/S : Saya mengajar sambil belajar :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Sunday 19 February 2012

Rahsia


Kuberi tahu satu rahsia padamu,kawan
Buah paling manis dari berani bermimpi
Adalah kejadian-kejadian menakjubkan
Dalam perjalanan menggapainya
-Novel Maryamah Karpov-


Tuesday 7 February 2012

Salah masuk toilet!!!

sumber : google

Annoying betul bila orang yang baca arahan,tapi tak nak ikut arahan. Lepas tu boleh buat muka selamber je. Ni semua pasal Coach Wanita la,siap da ade letak poster pink lg kat situ,pun tak paham-paham bahasa lagi.Yang paling geram,kaum yang bukan wanita ni,boleh je duduk,then terus buat-buat tido.

Pernah je aku tegur,tapi memang masing-masing buat muka badak je.Yang paling best ade sorang mamat ni kene tegur dengan someone else la, tapi die siap cakap lagi yang die tu pun 'ladies' jugak.Ape lagi kene la bahasa dengan perempuan tu " if you have boobs,you should stay,otherwise Go ". Aku yang dengar ni pun rase nak gelak je,tapi aku tahan je,hehe.At last,mamat tu keluar jugak,kene cakap mat salleh agaknye,baru diorang nak paham.

So,pada yang bukan wanita tu,jangan la nak mengada-ngada naik koc tengah tu,yang paling penting,ikut arahan,bukan langgar arahan.

p/s : Bagi aku,lelaki(kanak-kanak terkecuali) yang naik koc wanita ni diibaratkan macam salah masuk toilet :)

Tuesday 24 January 2012

Kantoi

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


SUMBER : SINI