Tuesday, 30 August 2011

Letih,tapi seronok

Pagi-pagi lagi dah bangun,tolong mak & siapkan ape yang patut,makanan kat atas meja tu,memang banyak,sampai x taw nak makan yang mana dulu,hehe.Bertambah la berat badan,tapi x pe,janji perut kenyang.Sembahyang raya tadi punya la ramai orang,sampai kene duduk kat luar,budak-budak pun join sekali.

Lepas tu pegi tengok kubur arwah atuk & nenek aku,kalau orang semua balik kampung jauh-jauh,kat kedah la,perlis la,mana-mana je la.Yang aku plak balik kl,kl memang lengang gila,nak main badminton kat tengah jalan tu pun boleh,hehe.Tapi best la,jalan x sesak pun.

seronok berkumpul sedara-mara ni,macam hal nak gosip,maklumlah,bulan puasa x jumpa,bila jumpa,kalah gosip ahli mesyuarat tingkap..hehe.

P/S:kalau rajin,puasa la sunat enam sekali,pahala nya sama macam berpuasa setahun :)

Monday, 29 August 2011

Anak Bulan Dah Nampak :)

Wah,seronok nye,esok RAYA.Mesti korang semua tengah sibuk-sibuk ni kan,pasang langsir baru la & mesti ade yang tengah buat kuih di saat-saat akhir.Mana yang shopping raya lagi tu,jangan membazir sudah la,mentang-mentang malam raya selalu nye ade jualan penghabisan stok,hehe,tapi korang beli mana yang perlu je taw.

Amalan-amalan yang kita dah buat masa bulan puasa,jangan terus tinggal kan pulak,buat la sampai jumpa ramadhan tahun depan pulak :)

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,pada korang semua,semoga syawal tahun ni lebih bermakna buat anda.