Wednesday 16 May 2012

Report Card Untuk Cikgu

SAYA SUKA BOLA,
HARI - HARI SAYA MAIN BOLA,

Memang tipu la kalau korang tak ingat dialog ni,hehe.Dari aku start tengok cerita ni lagi,dialog ni dah terpahat segar je dalam ingatan.Dulu - dulu time hari guru, mesti aku lah orang yang super excited nak pegi cari hadiah,kalau boleh semua cikgu kat sekolah tu aku nak bagi hadiah,yang tak mengajar aku pun aku nak bagi jugak,hahaha ( super excited ).

Tapi yang super duper excited nye bile time sekolah rendah je, disebabkan semua budak - budak pun berlumba - lumba untuk membeli hadiah,so rase tak nak kalah tu memang ade la ( jealous sebenarnye ). Sape yang hadiah die paling besar dikira sebagai pemenang la,hehe. Bila pikir - pikir balik memang tak terjangkau seronoknya.

sumber : google


Tapi bile masuk je sekolah menengah, memang dah x peduli dah semua tu, rase malu pulak kalau nak bagi hadiah, sebab pikir macam budak - budak,hehehe.Kalau nak bagi pun, bagi kat guru class je.Kalau ade pertandingan guru - guru lawan murid, of course la murid yang menang, ( memang x nak bagi can,even hari tu hari guru ),hahaha.

Lastly, SELAMAT HARI GURU untuk cikgu yang mengajar matematik, sejarah, sains, bahasa melayu ( pemahaman & penulisan ), bahasa inggeris, addmath, accaunt, ekonomi, geografi, pendidikan islam, fizik, kimia , biologi, dan ape ape subject pun. Tak lupa juga SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU serta  IBU TERBAIK SEDUNIA IAITU CIKGU NORHAYATI. Sebab setiap ibu itu adalah pendidik sebelum anak - anaknya melangkah ke alam persekolahan. TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJAR & ILMU MU


P/s : Waaaaa,nak masuk sekolah tadika, sekolah rendah balik.

2 comments:

maya anis said...

maya ingat lagi ayat tu :))

Hanie Dew said...

ayat paling femes.
zaman sekolah zaman paling best kan.