Thursday, 5 November 2015

Remedy for Acne Scar.

Acne scar happen when you hand is always on your face ( you know what I means ). There are many bacteria in our hand, so make sure clean your hand before you touch your's.

There are several way to reduce the scar, but I prefer to tell you only 2 ways. Why?
Because I think this is the most effective way and I only tell you the truth. What you need is some stuff from the kitchen ( it's only THREE actually ).



What you need is lemon, cinnamon powder and raw honey. The step is quite easy too :

1. You add 1 teaspoon of cinnamon powder
2. Then, add 2 teaspoon of honey
3. Mix it together until it become a  paste
4. Apply it on the scar for 15-30 minute.

Your face will feel hot because of the cinnamon, but it's just for a while. Furthermore, honey will make your face feel less hot, that's why there are combine together. Honey act as antibacterial & it help kill acne too.



The 2nd remedy is, you just need to replace the cinnamon with lemon. The ratio is still the same or you just pat your face with the lemon juice. But if your face feel itchy ( depend on skin ), it's better to mix it with honey.

Though it take a long time for the scar to fade,this remedy work really well for me,I hope it will work the same for you too. Apply it for 3 or twice a week.

Make sure clean you face before apply it.



Wednesday, 29 January 2014

Pergi nya Insan yang HEBAT.

Hmm, lama rasenye jari jemari ni tak mengetik keyboard. So, let's talk about my brother, dia disahkan doctor menghidapi germ tumor cell,aku ade tulis kat SINI, 18 hari bulan 1,pukul 9.05 minit pagi, doktor cakap abangku dah pergi menghadap yang Maha Esa.

Terus terang aku kata, die nampak elok selepas chemo, walaupun mengambil masa yang lama untuk pulih balik.Tapi dalam pertengahan tahun lepas, kanser terus menyerang ke bahagian perut dan hati, dimana, badan abang aku yang sihat bertukar menjadi cengkung, sehingga dimasukkan ke icu selama 16 hari kerana pernafasannya yang agak teruk.

Bila dipindahkan ke wad biasa, doktor cakap, yang abang aku hanya menunggu masa sahaja, so atas permintaan abang aku,pada 7/1/14 kitorang bawa dia balik ke rumah, dan cuba berubat cara lain pula. Masa kat rumah, abang aku hanya bergantung dengan oksigen sahaja.

Pada pagi 18/1, abang aku meminta kitorang bawa di ke hospital semula, dengan harapan dapat menyedut lendir yang terdapat di dada, yang menghalang dia dari bernafas, tapi pada masa tu keadaan dia sangat baik, dan kami sekeluarga  tidak menyangka sesuatu bakal terjadi.

Selepas 2 tahun berjuang, cuba berubat sana dan sini, setiap ceruk tempat kami pergi untuk menghalang kanser tersebut dari merebak, akhirnya kami kalah juga. Perasaan mak dan abah, tiada siapa yang tahu, selama 26 tahun bersama dan ditatang bagai minyak yang penuh tapi akhirnya abangku pergi juga. Tapi aku tahu mereka redha, bahawa setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Cuaca hari tu redup sekali, angin bertiup lembut sekali apabila imam membacakan talkin. Perginya dia, seorang insan yang hebat, tak boleh lagi memanggil 'alang'.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

AL-FATIHAH


Wednesday, 24 April 2013

Masa depan Malaysia

Heboh sekarang ni pasal pilihan raya, yela untuk menentukan masa depan negara Malaysia yang tercinta ni, dengan campaign sana sini, bendera parti - parti jangan cakap la, kalah nak sambutan kemerdekaan. Janji sana dan sini boleh, tapi jangan hanya tinggal janji.

source : google

Berubah untuk kebaikan atau kekalkan?. Semuanya terletak di tangan RAKYAT MALAYSIA, jangan disebabkan fanatik terhadap parti yang dipilih, parti lain semuanya salah di pandangan matanya. Apa yang diucap, dikatanya tak benar, apa yang dijanji, dikatanya tak ditepati, apa yang dibuat, di pandangan matanya semuanya serba tak kena.


Taksub kepada sesuatu parti sehingga matanya menjadi buta. Sehinggakan apa salah menjadi benar, dusta pun menjadi benar dan segalanya dihalalkan olehnya.

Sayangnya dengan orang yang pemikirannya begini, dibutakan hatinya oleh partinya sendiri. Sepatutnya kita lihat sana dan sini, baca itu dan ini bukannya hanya yang diberi. Ini semua menentukan hidup kita untuk 5 tahun lagi.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

P/s :  Anda mengundi di mana?

Wednesday, 17 April 2013

Lari dari kenyataan.

Hi peeps,


Kalau cakap pasal novel or komik, mesti ramai yang suke baca kan??? ( baik mengaku,hehe ). Aku pun suka jugak baca novel ni, rase macam kite je hero or heroin kat dalam tu or mesti kite rase macam kite rasa jalan cerita tu macam perjalan hidup kite.

Hakikat nya, hanya 1 dalam 1000 je yang betul kot. Yela, x semua nye happy ending macam dalam novel or komik kan? Hidup ni 100 kali lagi mencabar dari buku-- buku tu. So x payah nak terikut - ikut sangat ye, nak yang hensem macam adam mukhriz la, nak mcam tengku syahran la, nak macam edward cullen la & bla,bla,bla...hehe..

Kalau nak baca sangat, pilih la buku - buku yang ade unsur ilmiah, jangan asyik novel & komik je. Aku pun kaki komik gak, tapi xde la fanatik sangat, novel & komik ni bagi aku sekadar nak release tension je, macam lari dari kenyataan kejap, tapi bukan selamanye.


Friday, 1 March 2013

Pilihan di tangan ANDA.

Eavesdropping will become a habit, if you keep doing so,
Same with running away, if you keep doing it, it'll become a habit,
Don't cry all the time, if you keep doing it, It'll become a habit,
Don't lie, If you keep doing it, it'll become a habit,
- Sungkyunkwan Scandal - 


Setuju betul dengan statement kat atas ni, memang 100% betul kan. Setiap apa je yang kita selalu buat, benda tu akan jadi habit, terpulang pada diri sendiri nak tentukan samada perbuatan tu akan jadi habit yang baik atau tak baik. Pernah dengar dengan pantun ni :

Siakap, senohong, gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama - lama mencuri.


Hmmm, lagi satu, dalam cerita Anakku Sazali, pengajaran yang ada dalam cerita tu pun dah cukup dah, tak perlu nak dihuraikan lagi, banyak betul unsur - unsur nasihat. Last but no least, Depend on us je nak follow ke tak, nak pilih yang habit yang baik or tak baik and better pick a good choice.




Tuesday, 19 February 2013

Gangnam style vs Harlem Shake

Hi there!!!!

Hmm, lepas Gangnam Style ade Harlem shake la pulak, sekarang tarian merepek - repek pun boleh jadi famous - amos sampai berjuta - juta view. Makin lama makin aku tak paham dengan penilaian or mentaliti orang dalam menilai sesuatu benda ni.

Kucing pun x nak buat taw.
Tak dinafikan, memang la lain orang lain pendapat tapi macam dah terpesong jauh je, aku tengok tarian tu pun aku tak paham. KENAPA DIORANG BUAT MACAM TU!!!!, serius aku tak paham ape message yang tersurat di sebalik yang tersirat dalam video tu. Baca komen lagi la lawak, macam - macam diorang cakap, ada yang suka & vice versa.

Span kuning tu menari lagi best,hehe.

Hmmm, ape pendapat korang ????

Thursday, 17 January 2013

Listen,listen,listen issue

Hai korang semua, lama dah aku x update blog ni, sibuk betul dengan isu listen, listen, listen and so on nie. Maka aku pun terpanggila nak menyuarakan pendapat after baca kat sana - sini kan. Ni aku komen apa yang aku paham dan apa yang aku lihat.

Kebanyakkan orang x puas hati dengan listen ( anda tahu siapa ) tu, disebabkan die mencelah masa student tu tengah bercakap, die terus je ambik mic tu, and then cakap listen, listen, listen banyak kali. Aku x kisah la apa yang nak diperkatakan oleh student tu, atleast, bagi la die bercakap sampai habis even die x bersetuju dengan pendapat yang diberikan.


Orang yang lihat video ni pun nampak rasanya, aku pun rase perbuatan die tu agak kurang sopan sedikit. Sometime orang tak dengar apa yang kita cakap kan, tapi orang pandang apa yang kita buat. So, korang semua buat la konklusi nya sendiri. Ni hanya pendapat saya semata - mata, tidak ada  yang kene mengena dengan hidup ataupun yang mati.

P/s : Think twice before you act.

Tuesday, 1 January 2013

Cerita tahun baru.

Azam baru memang kene buat time tahun baru je ke???.

Yela, dah semua upadate kat FB, Twitter and so on, yang azam tahun baru diorang kali ni ialah :

Tahun ni, I harap, bla, bla, bla

1. Nak kumpul duit banyak - banyak.
2. Nak kahwin cepat.
3. Nak jadi anak yang soleh & solehah ( selama nie x baik la ye,hehehe )
4. Nak jadi lebih comel ( x paham )
5. Semoga hubungan lebih erat dengan kekasih ( haram hukumnya )
6. Banyak lagi la....

Bukannya salah buat azam, tapi pada pendapat aku la, dah jadi macam trend, kalau masuk je tahun baru mesti kene ada azam baru, x paham aku. Azam ni boleh buat bila - bila masa je dan tak kira dimana jua anda berada. Untuk jadi lebih baik bukan kene azam setahun sekali je, tapi kene tiap hari sebab tiap - tiap hari kita kene perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

Aku rasa, kalau kita nak buat azam baru ni, hari - hari pun boleh, takde orang nak gelakkan or pandang kita pelik pun. Lagi satu, tak payah lah nak bgtaw kat orang pasal azam korang ni, mana la taw ada yang dengki dan cuba mengagalkan azam korang tu,hahaha.

Ok la, have a nice day.

Monday, 10 December 2012

Nak cerita pun malas.

Pada satu masa dahulu, ada sebuah kampung dimana penduduknya rajin - rajin belaka dan memang terlampau la susah nak mencari seseorang yang malas. Jadi pada suatu hari, raja membuat pengumuman untuk mencari orang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, ade seorang lelaki mengaku,

Lelaki 1 : " Patik adalah yang paling malas "
Raja  : " Apa tahap malas tuan hamba?"
Lelaki 1 : " Kalau patik hendak makan, ade orang suapkan patik, tuanku "

Tiba - tiba seorang lelaki mencelah.

Lelaki 2 : " patik lagi malas dari dia, tuanku "
Raja : " Sampai mana pula tahap malas tuan hamba? "
Lelaki 2 : " Kalau patik makan pun, ada orang yang tolong kunyahkan "

Raja pun terdiam seketika. Lalu datang seorang budak lelaki.

Budak lelaki : " Ptiak adalh yang paling malas tuanku "
Raja : "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu budak ? "
Budak lelaki : " NAK CERITA PUN MALAS "


Wekkkkk!!!!
                                           

P/s : Jangan malas - malas ye!!!!

Monday, 26 November 2012

Bola di mata wanita....

Hmmm, mesti semua heboh pasal bola sepak semalam, aku mengaku, aku pun tengok jugak. Yela, sebagai penyokong tegar Team Malaysia ( angakat bakul sendiri,hehe ). Yang aku ingat la kan, separuh masa pertama je aku tengok, bila singapore dah berjaya membolosi gawang Malaysia ( pengulas sukan ), terus aku xde mood nak tengok.

Tapi, still ade tapi tu, lepas tu aku tengok kejap - kejap je, sebab aku dh ade kat dalam bilik dah, x sampai hati nak tengok Malaysia kena belasah,hehe. Parents aku je still mengharap Malaysia jaringkan gol, fanatik kan diorang,hehe.

Hmmm, sebenarnya yang kat atas ni kiasan je, apa yang aku nak tekan kan ialah, pasal wanita dan bola or woman and football. Disebabkan aku ni seorang wanita ( ayu la sangat guna perkataan wanita ni,hehe ) yang tak la fanatik sangat dengan bola tapi still boleh lagi tengok bola. Yang aku paham pasal bola ni cuma 2 JE ( OMG 2 JE!!!!! ) Bila ade penalti and bila bola masuk gawang.

Foul tu ape?? Macam mana boleh kene kad kuning plak ???

Ooops, tambah lagi satu, bila ade pemain yang hensem and ganteng - ganteng,hehe ( well, aku ni manusia yang ade hawa nafsu jugak,hahaha ). Yang foul dan sewaktu dengannya, semua aku x paham,hehe. Tengok - tengok je, bendera dah kene angkat, ade jugak aku google, tapi still tak paham jugak penggunaan die.


Oooh, lampard,hehe

Last but not least, aku rasa better aku jadi penyokong Malaysia yang biasa- biasa je, even aku x paham pun ape tu foul or whatever, tapi bila bola masuk je dalam gawang, aku taw la yang tu goal...hehehe....

P/s : Once Team Malaysia, always Team Malaysia.

Thursday, 22 November 2012

Andai itu ketentuanNya.

Woahhhhh, lama sungguh x update blog aku ni, memang bersawang - sawang la nampaknya. Bukannya apa, dalam proses recovery lagi pinggang aku yang sakit ni. Hmmm, masa hari raya haji yang ke -2 bersamaan dengan 27/10/12 memang detik ngeri la bagi aku.

Kereta proton perdana yang kitorang naik, mengalami kemalangan on the way nak naik cameron ( ceh, macam pembaca berita la pulak ). Kereta tu, abang ipar aku yang bawak, maybe accident disebabkan jalan licin sebab masa tu baru je lepas hujan.

Masa berlakunya accident tu, aku memang dalam keadaan sedar, along & adik aku je yang tidur, hanya Allah je yang tau persaan ni bile kereta tu boleh berpusing kat tengah - tengah jalan tu. Abang ipar aku cakap, kereta tu berpusing 3 kali, maybe disebabkan terlampau laju, aku ingat pusing sekali je. Aku tunduk je masa tu, tak habis mulut ni dari berzikir. 



Kereta berhenti pun, sebab berlanggar dengan kereta proton exora, time tu la kitorang semua terhentak, adik aku yang tiba2 terjaga terus sesak nafas, abang ipar aku yang keluarkan kitorang semua melalui tingkap sebab pintu dalam keadaan auto locked, nak bukak tak boleh, pintu dekat bahagian driver je yang boleh, so memang kene pecahkan tingkap la, sebab minyak dah leaking, takut kereta meletup.

Kitorang semua dihantarkan dekat kpj ipoh, kene tahan selama 3 hari. Mungkin Allah nak bagi kami peluang lagi, Alhamdulillah kitorang semua selamat, kakak aku dan kandungan die pun ok, kitorang x having serius injury pun.

Kereta memang remuk and totally lost, tapi yang paling penting sekali, xde sorang pun yang cedera teruk. Kalau nak diikutkan pada hukum akal, kalau kereta dh remuk tu, penumpang die mesti cedera teruk, Syukur, Allah masih sayangkan kami, cuba bagi peluang untuk mencari ilmu akhirat lagi.

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BERLAKU MESTI ADE HIKMAHNYA 

Friday, 19 October 2012

The only reason


“If you're reading this...
Congratulations, you're alive.
If that's not something to smile about,
then I don't know what is.” :)

Hey babes, salam Jumaat. Nak cakap pasal quote kat atas tu, kalau baca betul - betul, macam perli pun ade jugak. Sape yang terasa tak taw la kan,hehehe. Mostly, menangis dengan perempuan nie memang sinonim sangat - sangat, senang cerita, tak dapat dipisahkan la.

Why CRYING??????

1. Pasal parents ( accepted )
2. Pasal kawan ( accepted )
3. Pets sakit or mati ( accepted )
4. Pasal pakwe or makwe ( boleh la diterima, kalau dah rancang nak khwin, tapi ade something berlaku )


Dan lain - lain, pasal rasa nak marah la, sakit hati la, x dapat baju kegemaran la. Bagi aku, especially gurlz, suke sangat keluarkan air mata atas benda - benda kecil ni. Sampai sekarang aku x taw kenapa.

Why women cry, WHY!!!!


Kaum hawa, tolong jawab sket, kalau kaum adam nak jawab pun boleh jugak, mana taw ade pengalaman...


Friday, 12 October 2012

The POSSIMPIBLE!!!

What's up there!!!...kenapa ha, kebanyakkan manusia nie cakap je lebih tapi action nye takde ( Including me,but sometimes only ). Yela cakap bagai nak rak, itu la ini la, tapi habuk pun x de. Lagi satu they just keep complaining, mesti ade je yang x betul.

HELLO!!!PERHATIAN!!!!ATTENTION!!!!

Susah la kalau hidup asyik nak puaskan hati semua orang je, memang ade je la yang tak kene nanti. Dah fitrahnye manusia nie, susah sangat nak bersyukur, kalau dah kaya, nak kaya lagi, kalau tak untuk dia, mesti untuk saudara - mara dia. Susah kot nak maju kalau ade orang yang mentality dia macam nie. 

TAK BOLEH DIUBATI MELAINKAN DENGAN KEINSAFAN DIRI SENDIRI.

Well, bukannya ape, mesti korang pun pernah melalui situasi yang macam ni kan, dan mesti korang pun pernah jadi macam ni kan???( JANGAN TAK MENGAKU OK )cuma korang je yang tak perasan,tapi orang lain mesti perasan.

Nak ubah memang susah, sebab dah jadi habit, tapi put in your mind, NOTHING IS IMPOSSIBLE & yang ni pepatah melayu yang aku paling suka HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH.

P/s : This is note to myself & yours

Monday, 8 October 2012

Girl Fight

Oh semua yang bergelar perempuan, tak payah la gaduh sampai nak tarik - tarik rambut disebabkan benda - benda yg kecik. Aku pun pening tengok, hehehe and sebagai seorang yang sama jantina, rasa malu pun ade. Ni berdasarkan cerita betul, nama perempuan tersebut dirahsiakan di atas sebab - sebab keselamatan...hehehe

Masa kat kl sentral, time tengah tunggu train, aku berdiri je la belakang line kuning tu. Then terpandang sorang perempuan nie,die dok sibuk - sibuk check muka die, lepastu die nampak aku pandang die, terus die pergi kat aku. Die tanye

aku bayangkan perempuan tu tarik rambut macam nie...

Girl : " Muka I ade nampak mcm kesan luka x ?"
Aku :  Tengok muka die, lepastu aku ckp x nampak,maybe sbb kulit die gelap sket kot.
Girl : lepastu die cerita la yg die gaduh dgn perempuan nie dalam train, cerita dari A - Z..

Aku dengar je la, sambil die tunjukkan tangan die yg bercalar - calar tu ,sebab kene cakar dengan perempuan lagi sorang. Nak taw sebab ape diorang gaduh, sebab perempuan tu terlanggar die je.

Dalam hati aku, aku rasa nak menjerit je ( WHATTTTT ),pasal terlanggar je pun, tu pun boleh jadi isu, super duper pelik ok. Benda kecik pun boleh jadi sampai tarik rambut & cakar - cakar bagai, mintak maaf je la, lagi senang.

Perbualan kitorang terhenti kat situ je, sebab lepas tu train datang, aku terus masuk coach lain, sebab malas nak dengar die cerita. Kalau aku dengar, mesti aku yang gaduh ngan die nanti,sebab sakit hati...hahaha...

Patut la lelaki ni susah nak paham perempuan ( BETUL KE??? )...hehehe


Wednesday, 26 September 2012

Confuse tahap dewa!!!!!!!!

Bile masuk je class aku siap senyum lagi, even tengah sakit. Aku kene jaga student untuk test amali diorang, so after edarkan kertas & bagi arahan, diorang terus proceed dengan test diorang. Aku just tengok2 je la macam mando ( sbb test kan, mana boleh tolong ).

Lepas je diorang habis exam ade sorang budak perempuan ni nak hantar kertas, so terjadilah situasi yang membuatkan aku dari senyum terus x senyum & dari hati yang berbunga - bunga terus jadi layu.

Situasi tersebut adalah seperti yang dibawah :

Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Buat derk je, sambil tangan pegang kertas & otak tengah b'fikir.
Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Buat tak tahu lagi, lepas tu die tanya kawan die kene buat ape?
Saya : Kamu nak hantar kertas ni ke ?
Student : Ha'ah la ( dalam keadaan menengking )
Saya : MOTIFFF ( dlm hati )?????

Tak paham aku dengan masalah budak nie, dah la aku tanye dengan lemah gemalai sekali, lepas tu die boleh jawab macam tu pulak. Memang angin satu badan la, tapi still boleh cover lagi. Yang die nak menengking ape pasal,dah la aku tanye banya kali die buat tak taw je.Sampai sekarang aku still x paham kenapa die jawab macam tu.

THAT'S SO RUDE U KNOW ( if die baca )


Friday, 7 September 2012

Berubahlah.



Miss the old day,
but not the old me,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri….” (Ar-Ra’d: 11).




Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya


Ketupat rendang, kuih bahulu
Juadah enak warisan melayu,
adik comel berbaju baru,
selamat hari raya dari aku...

Sunday, 5 August 2012

Special for Lee Chong Wei


You still the hero of my heart.
Just can't stand to see when he's trying so hard to hold his tears.
Please don't be sad,
Malaysian are already proud to have you.




source : google