Sunday, 15 January 2012

Arnab dan Manusia

Ibu arnab aku baru je mati hari ni,sedih giler,dah la hari tu 3 ekor anak die dah mati,ni tinggal sekor je lagi.Masa aku bukak pintu kandang tu,aku tengok ibu arnab tu dah kaku je.Yang anak die pulak tengah jilat-jilat ibu die,maybe suruh bangun agaknya.

Tapi biasa la,yang pegi mmg takkan kembali,kesian aku tengok anak die,dahla tengah menyusu lagi.Kesian sangat-sangat.Harap anak die dapat teruskan hidup.Arnab yang lain pun macam sedih je,tak lincah pun.

Lain sangat kan kalau antara manusia dengan binatang,sekarang ni aku rase memang dah terbalik,macam manusia pulak yang berhati binatang dan binatang pulak yang berhati manusia.Al malumlah dengan kes buang budak ni,belum campur lagi dengan kes gugurkan anak and bunuh budak.Harap insan yang bernama manusia ni,berfikir dulu sebelum buat,jangan menyesal di kemudian hari sudahla.

3 comments:

ShahzCudin said...

Allah nk tunjuk kt manusia ni yg haiwan pon tahu berkasih syg..cuma manusia je yg berhati batu..

msredcheesecake said...

Jgn sampai keistimewaan manusia ditarik balik....

aimaniman said...

yuppp bukan takat bunuh dan buang, malah bunuh masa depan budak2 pun banyak, akak br baca berita juru kimpal rogol anak jiran yg baru umur 3 tahun!!! hantu punya lelaki tuw...