Thursday, 1 December 2011

Isteri saya hilang

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula,namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?"Soal polis.

"Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengah hari kot "

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi.Mungkin hitam atau putih,kalau tak pun kelabu."

"Baiklah,dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet die,tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala."Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan,dia keluar menggunakan kereta saya,Perodua Myvi.Kereta saya tu bewarna silver,berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti.Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit.Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey,kalau macam tu,kita cari kereta encik dahulu sebelum cari isteri encik,"Kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Sumber : Majalah SOLUSI

6 comments:

Pocket said...

haha, basically lelaki lebih 'kenal' keter lg dr isteri sndiri. heh good one sis.

cuba si isteri sekalian cop number kat dahi. sure senang. :D

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

ahahaha..

laki mmg camnie, keta mmg no1..

msredcheesecake said...

Macam tepat sgt pulak... Hhheee

Unknown said...

haha tp x brmaksud jmpa kereta boleh jmpa isteri :)

ShahzCudin said...

3,4 kali baca baru phm...haha

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hahahaah...detail keta lebih tau dari detail bini...hahahakk

tp sy bkn mcm tu ek..hahahak