Friday, 9 September 2011

Kalau pemimpin yang macam ni ada lagi :)

"Wahai saudaraku sekalian,apakah yang kamu lakukan sekiranya saya menyalahgunakan kuasa saya dan tidak berlaku adil?" tanya Khalifah Umar al-Khattab.

Seorang pemuda bangun menghunus pedangnya lalu berkata,"Saya luruskan tuan dengan pedang ini.Dan sekiranya tuan terus mnyeleweng saya pancung leher tuan!"

Orang ramai terpegun mendengar kata-kata pemuda yang berani itu.Pada masa yang sama mereka bimbang dengan tindak balas daripada Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kerasnya yang pantang dicabar.

"Wahai anak muda,kamu tahu dengan siapa kamu sedang berkata-kata?"tanya Umar al-Khattab sambil merenung tajam ke arah pemuda itu.

"Saya sedang bercakap dengan Umar al-Khattab yang baru sahaja dilantik menjadi khalifah,"jawab pemuda itu.

Orang ramai semakin cemas kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku antara pemuda itu dengan khalifah.Tiba-tiba Umar al-Khattab tersenyum lalu berkata,"Ya Allah,saya bersyukur kepadaMu kerana ada yang berani menentang saya demi membela dan menegakkan kebenaran,"

Chop : petikan dari buku khalifah-khalifah yang benar,kalau nak taw,beli la..X rugi pun :)

4 comments:

Diana @ BKKC said...

kalaulah masih ada pemimpin seperti itu..dan masih ada pengikut yg berpegangan agama seutuh itu. Maka, dunia ini.....aman&damai

Zyla said...

saya tak yakin pemimpin kita hari ini adalah sepeti itu. masya allah.. kerana dunia kini sudah smpai ke hujungnya.. banyak org bkata begitu.. tapi tahukah pemimpin2 kita smua bahawa di akhirat nanti mereka yang pertama akan disoal?

Hafizin Jamil said...

hurm...susah skarang ni nak cari pemimpin macam ni..haha

✿ cik pieQa ✿ said...

memang susah nak jumpa pemimpin macam ni zaman sekarang.

most of them pentingkan keduniaan semata2. hanya pikirkan dunia dan dnia.