Saturday, 30 July 2011

Perempuan perasan cantik..

Ni bukanlah artikal untuk membenci perempuan ye...sebab aku sendiri pun perempuan.Sape makan cili,dialah yang terasa pedasnya.Tak tau la ni mitos ke ape,korang pernah dengar x,perempuan yang perasan cantik selalu keluar dengan orang yang dirasakan x cantik daripada die.Supaya diorang nampak lagi cantik..Macam merepek je.


Aku pun x pasti pasal ni,tapi dalam hal ni,kalau pikir ada jugak betulnya.Kalau betul la perempuan tu cantik & die ikhlas kawan dengan orang yang x cantik.Macam mana?Arghh,sampai aku sendiri pun jadi pening.X kisah la,yang penting die ikhlas dengan kawan die tu.X nak masuk campur.hehehe..


Korang mesti pikir apesal la pulak aku tulis entry macam ni kan?Sebab ayat nie la: have you ever noticed how girls prefer to hang out with other girls they find less attractive (than what they think of themselves)? .Nak tahu pasal nie,korang cuba klik kat SINI.

Friday, 29 July 2011

Tau la awak tu hensem,lawa,cantik!!!

Sebenarnya semua manusia tu cantik.Tapi x kisah lah awak hensem,macho,jelita ataupun cantik,mesti ingat tentang satu hal ni,kecantikan tu adalah anugerah tuhan,dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja...Jangan lah riak tentang kecantikan atau kehenseman kita tu,sebab di mata Allah,kita semua sama sahaja,dan yang membezakan kita semua adalah amalan yang dibawa..

Pernah dengar x cerita pasal Bilal bin Rabah,seorang hamba yang sangat hitam dan tidak memiliki rupa yang cantik,tapi disebabkan hati yang bersih dia diangkat darjatnya disisi Allah S.W.T.
 So,Fikir-fikir kan lah wahai anda,anda dan anda sekalian :)

Monday, 25 July 2011

Tolong boleh x?

"Wei,ambikkan buku tu kejap" x pun ayat macam ni " dik,pegi sana sikit boleh".Susah sangat ke nak tambah perkataan tolong kat depan tu,kan lagi sedap dengar..orang yang menolong kita pun rasa sejuk je hati, xde la diorang nak menyumpah-nyumpah kita kat dalam hati (siapa taw kan).

Rasanya x susah pun,1 perkAtaan tu boleh membuatkan kesuluruhan ayat tu mempunyai maksud yang berbeza kan?(Ayat cikgu BM).Cuba kalau kita x tambah perkataan tolong kat depan tu,kan nampak macam kurang ajar sket..kalau cakap macam tu kat orang yang lebih tua dari kita,mesti dah kene lecture da.dari nak jadi menantu terus x jadi,hehehe..

So,moral of the story,senang-senang la guna perkataan "tolong" tu,x membazir pun....

Sunday, 24 July 2011

Renungan buat mereka yang bergelar MANUSIA....

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". 

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.

 Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal solih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Friday, 22 July 2011

Jom Mandi :)

Jangan pikir lain ye....arnab aku la yang mandi,sebab dah lame sangat x mandi..ingat kita je ke yang mandi???Arnab pun mandi taw...hehehe..jom tengok...

ni nama die koko,bulu die lebat gile,nasib baik time mandi ok je,x lari..
kalau x susah la nak keja,hehehe

ni nama die fifi,bulu je lebat,tapi badan kecik,hehe..
kurus je,macam kene anaroxia...

nie anak arnab,baru 1 bulan,still menyusu lagi..
die ni x mandi la,takut demam..hehe

menggigil...hehehe....

Woi,die aku punya la!!!!

Mesti korang pernah dengar kan,kalau x dekat luar,mesti dekat dalam tv...selalu nye mesti tengah berebut pakwe or makwe...sampai bergaduh-gaduh...x patut,x patut...ayat tu x sepatutnya diucapkan..sebab apa???sebab kita ni meminjam je,suatu hari nanti kene pulangkan jugak...betul x???Sama la macam makwe or pakwe korang tu...hehe...Ingat,dunia nie hanya pinjaman...lebih baik korang sayang family korang dr sayang orang yang belum tentu lagi jadi sebahagian daripada family anda...lagi berfaedah,,dapat jugak pahala:)

Tuesday, 19 July 2011

Quotes Of The Day

Life is like riding a bicycle.
To keep your balance,
You must keep moving.
ALBERT EINSTEIN
1879-1955

Sunday, 17 July 2011

Asyik kau je yang betul!!!!

Tension betul kalau dengan orang yang macam nie,cakap die je yang betul,cakap kita semua salah....susah la kalau macam nie,kalau keje berkumpulan dengan orang yang macam nie,mesti x siap keje punya...orang yang kawan dengan manusia yang perangai macam ni,mesti paling penyabar aku rasa....

Tapi,kalau apa yang die cakap tu betul x pe la,boleh gak diterima,ni x,sepuluh yang dia cakap,belum tentu  ade satu pun yang betul...susah-susah...Dalam hidup ni,kita kene jugak dengar pendapat orang lain..kalau x nak terima lain cerita la,try dengar dulu,mana la taw,idea kawan kita tu bombastik...hehehe...kalau x nak dengar,baik duduk sorang-sorang je..main jauh-jauh,hehehe..x payah nak menyusahkan orang....betul x????

Selingan :
Ni nak share sket,malam nie malam nisfu syaaban,malam yang penuh berkat,banyak berdoa dan baca surah yassin dan mohon keampunan pada TUHAN :) nak tahu lebih lanjut,klik SINI

Friday, 15 July 2011

Ambil kesempatan..

Jangan fikir yang bukan-bukan ye,korang pernah x mengalami situasi macam nie,bila kita dah penat-penat je buat keje,tapi orang lain yang dapat nama,memang tersangat la geram kan...macam peribahasa melayu nie:LEMBU PUNYA SUSU TAPI SAPI YANG DAPAT NAMA" x pun yang ni "AYAM PUNYA TELUR,TAPI KERBAU YANG DAPAT NAMA "....hahaha.....

Sabar je la kalau macam ni,may be bukan rezeki kita kot,kalau aku,aku memang fikir macam tu je la,satu hari nanti kebenaran akan terbongkar jugak..so,sabar je la,sebab sabar itu kan separuh daripada iman...

Ade jugak ye orang yang macam nie kan????
Anda,anda, dan anda pulak jenis orang yang macam mana???

Monday, 11 July 2011

Berguling-guling macam tenggiling :)

Hehehe...kalau da boring sangat-sangat,nie la keje aku,habis satu tilam nie aku jelajah,berguling sana-berguling sini..syok,hehe(tapi aku tido x lasak ye)....luruskan pinggang,padahal muda lagi ni,maybe sebab selalu mandi malam rasenye...sambil-sambil tu capai la ape-ape pun,magazine ke,buku ke, x pun komik..memang layan..kadang-kadang baca sampai tertido...

Kalau korang ape yang korang buat time boring ???

Sunday, 10 July 2011

Cerita ku di Bulan Ramadhan



Huhu..memang banyak la cerita,kalau pasal bulan ramadhan nie,seronok-seronok...Semua peristiwa-peristiwa berlaku masa aku kat sekolah menengah,masa tu aku duduk hostel,memang ramai la yang satu kepala..hehe...

Kalau time puasa je,mesti aku ade ponteng,hehe..padahal dah taw berdosa,dah la ponteng,lepastu aku siap ajak kawan-kawan aku lagi,hehe..dah cakap satu kepala,memang diorang ikut je la...paling x boleh blah,siap makan-nakan lagi dalam dorm..tapi senyap2 la...ldah la x puase,tapi buat muka macam orang puase jugak..hehe

Mercun mesti wajib time puasa,even kat hostel x boleh bawak mercun,kitorang bawak jugak,siap suruh budak-budak yang duduk luar tu belikan,lepastu main kat dalam dorm,hehe...nasib baik budak-budak dorm satu kepala,kitorang bakar la mercun lalat,tapi mercun tu kejar kitorang plak,kitorang masing-masing kelam kabut lari..hehe..kenangan-kenangan...

Bila fikir-fikir balik,semua tu memang jadi kenangan manis la,tersenyum sendiri bila teringat balik,tapi sekarang nie,aku dah berubah la,xde ponteng puasa lagi..dah besar kan...hehehe

Sape nak join tekan SINI

Bila nak guna x de,bila x nak guna plak dia ade...

Aku selalu mengalami situasi yang macam nie,bila nak cari barang yang nak guna je,selalu je barang tu xde,bila x nak guna barang tu plak,kat depan mata je timbul...hairan-hairan..hehehe...tapi salah sendiri jugak.Letak merata-rata..lepas tu nak cari dah x jumpa...

Kadang-kadang benda yang aku nak guna tu bersepah-sepah je,malas nak simpan...lepastu aku nampak benda tu ade dengan anak buah aku,jadi mainan die plak..hehehe...nak marah die pun x boleh sebab salah sendiri...So,jangan la letak barang merata-rata,nanti kita yang merana..hehehe...

Saturday, 9 July 2011

Cakap Salah,Tak Cakap Salah...

Korang pernah x alami situasi yang macam nie,kalau nak tegur,nanti kate kite nie itula inila,macam2 la...lagi buat sakit hati je...betul x???hmmm...kalau aku la,aku lagi banyak diam je,tengok je ape yang orang buat,malas nak masuk campur,kalau dah x tahan sangat baru la aku tegur....diorang nie pun satu,dah taw buat salah,kalau orang tegur dengar je la baik-baik,ni x,siap melenting plak kat kita..sebab tu la aku malas nak tegur orang yang jenis macam nie....memang tersangat menyakitkan hati...x pasal-pasal tambah dosa plak nanti...

kalau yang boleh terima teguran orang lain tu,ok la..die nak terima or x nak,terpulang pada tuan punya badan...hmm,korang pernah dengar nie,kalau x dapat tegur guna tangan(kuasa),tegur la guna lidah(berkata-kata),kalau x dapat jugak,tegur guna hati (doakan orang ru berubah)....tu je la pasal hari nie...

Terjah Kumpulan 2


1. http://lytulip.blogspot.com/2011/07/segment-blogger-diperlukan-segera.html
2. http://lytulip.blogspot.com/2011/07/segment-blogger-diperlukan-segera.html
3. http://inibelogfyna.blogspot.com/2011/07/20-blogger-bertuah.html
4. http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html
5. http://www.azizbos.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html
6. http://shahimarzone.blogspot.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html
7. http://vanillasynus.blogspot.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html
8. http://cottoncandies-me.blogspot.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html
9. http://zahiradzul.blogspot.com/2011/07/20-blogger-diperlukan-segera.html

SAYA DAH TERJAH KUMPULAN 1.

Friday, 8 July 2011

Hey,wanna check out a dead body...

Sape Setuju Angkat Tangan :)

Sibuk pasal bersih sekarang nie,hehehe...jalan sane tutup la,jalan sini tutup la....sabar je la kan???tapi ade bagusnye jugak,boleh duduk rumah spent time dengan family,x payah la nak keluar shopping ke makan-makan ke,masak kat rumah je la,makan ngan family kan bagus...bukan selalu dapat luang masa macam ni..betul x???So,jom kita luangkan masa dengan family...hehehe...

Tuhan, Makbulkan lah doa Hambamu

Kali  nie cerita pasal abang aku la,hehe.....kalau tengok dari luaran,korang mesti percaya yang die sihat je,lagipun die memang active dlm futsal,jadi goalkeeper lagi..hehe....lately nie die baru je dibedah & kitorang ingat die boleh sihat macam biasa la,bila doctor panggil appoinment balik,doktor cakap yang die ade cancer,tapi baru tahap pertama,So,boleh diubati lagi....

Bila kitorang bawak die pergi jumpa pakar cancer,terus die cakap yang cancer tu da merebak dekat bahagian perut & hati,doktor cakap cancer die da stage 4.Kalau aku la dekat tempat die,mesti aku dah nangis,tapi die sket pun x menangis,muka die pasrah je terima....Aku harap die kuatkan semangat dan cepat sembuh...Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta....

AMIN

Wednesday, 6 July 2011

Kerbau oh Kerbau :)


Korang nak taw mana tempat ni,hahaha...dekat je dengan rumah aku,mula2 aku pun x taw tempat nie wujud,haha....First time aku pg,rase macam tgk National Geographic....Best Gile,tapi busuk sebab najis die...hehe

Sunday, 3 July 2011

Angry Bird :)


Korang sume mesti pernah dengar kan tentang game yang famous-amos nie..hehehe...sesuai sangat la nama game nie ANGRY BIRD, aku yang main game nie pun jadi marah,geram je x dapat kalahkan khinzir ( guna nama yang elok sket,hehe) tu,lepastu die siap gelakkan kite lagi..memang geram...nak main game nie kene gune akal,x boleh main tembak je..hehe....baru hari nie aku dapat habis kan game nie...mengambil masa 2 minggu,tu pun kene mengadap laptop siang,malam,pagi,petang..hehehe...lega rasa bile dah dapat habiskan semua level...hehe

Friday, 1 July 2011

Bila Dah Malas

Hmmm...korang pernah x rasa malas yang teramat sangat,sampai nak makan pun malas..hehehe....bile time macam ni,aku selalu guna handphone je,sebagai contoh,aku nak suruh along aku kejutkan besok pagi,aku guna sms je..hehe..padahal boleh je pegi bilik dia,cakap suruh kejutkan aku,tapi sebab dah malas,sms je la..hehe..Oleh itu aku bertekad untuk buang penyakit M dalam diri aku ni..hehe..harap-harap berjaya...Korang,korang & korang jangan amalkan tau...hehe